Uncategorized

Adam Corrie Lebih Berdebar Bergelar Bapa, Standby’ Beli Barang Bayi Awal Sebab…

Share

Pelakon, Adam Corrie mengakui dirinya lebih berdebar-debar untuk bergelar ayah berbanding memikirkan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Katanya kepada MH, banyak kebanyakan persiapan rayanya sudah pun dibuat awal khus bagi menyambut Ramadan dan Syawal.

“Puasa tu dah ‘standby’ awal-awal macam sahabat nabi buat. Cuma lebih sedih bila kita tinggalkan ramadan sebab kita tak tahu kan bila lagi kita boleh jumpa lagi.

“Yang penting selalu kena doa sentiasa. Raya saya biasa-biasa sahaja,” jelasnya.

Tambah Corrie lagi, dia dan isteri sudah pun mempunyai nama untuk anak yang bakal lahir nanti.

“Kita rahsia dululah, cuma saya dan isteri rancang nak akikahkan anak awal, yang penting nak lepaskan beban anak dahulu.

“Jadi minta pada semua orang, doakan isteri saya dapat bersalin normal ya. Persiapan baby pun tak banyak buat cuma beli apa yang patut sahaja,”terang Corrie.

Sebelum ini, Adam dan pasanganya, Fazema Mohd Fuad sudah berkahwin selama 10 tahun namun belum dikurniakan anak. Fazema juga sebelum ini sudah 3 kali hamil namun semuanya tidak dapat diselamatkan.

MH doakan semoga ibu dan baby selamat melahirkan dan sentiasa berada dalam keadaan sihat.

Foto: Instagram Adam Corrie

IKLAN