‘Ada Yang Tak Terima Saya Kerana Tak Selalu Update Social Media’ – Izara Aishah

Eh apa cerita ni? Kenapa tiba-tiba Izara muat naik kenyataan yang agak menyentuh hati di Twitter?

Jujur MH kata, Izara jarang muat naik kata-kata atau perkara seperti ini. Agak terkejut baca tiba-tiba sahaja Izara ada muat naik kata dia rindukan penyokongnya.

Bukan itu sahaja, malah Izara juga ada mengatakan yang dirinya juga baru menyedari di zaman sekarang ini bakat dan komitmen seorang pelakon itu sudah tidak penting, malah dia turut akui besar kemungkinan dirinya tidak diterima belakon kerana tidak selalu update media sosial.

IKLAN

Melihat luahan hati Izara mengenai isu ini, ramai netizen terutamanya pengguna Twitter memberi semangat dan kata-kata positif pada pelakon jelita ini.

Menurut mereka, walaupun ada benar apa yang dikatakan oleh Izara namun mereka tetap tidak pernah putus untuk menyokong dan meminati Izara.

Malah, ada salah seorang individu ini turut memberi nasihat pada izara untuk terus kuat dan hadapi semua ini dengan senyuman kerana jika dibandingkan dengan keadaan di Indonesia, selebriti mereka mengalami nasib yang lebih teruk berbanding apa yang terjadi di Malaysia.

IKLAN

Ya, memang benar kata individu ini. Kadang-kadang apabila sudah menjadi public figure, kita tidak terlari daripada menjadi perhatian ramai.

Segala tindak tanduk pasti akan diperhatikan oleh orang dan jangan terkejut sebenarnya ramai juga yang ternanti-nanti apakah update selebriti kesayangan mereka seterusnya kerana dengan ini sahaja mereka dapat mengenali artis kegemaran dengan cara lebih dekat.

Namun MH faham apa yang Izara cuba sampaikan, tetapi jangan risau Izara! MH yakin dengan bakat yang ada, Izara masih mampu mencuri hati peminat dan terus kekal dalam industri.

Malah, kami juga tidak menafikan Izara punyai kelas yang tersendiri dan boleh dikatakan salah seorang selebriti yang bukan sebarangan. You go girl!