Tumpang gembira dan syukur, usahawan dan bekas pelakon, Fatin Afeefa ada berkongsi video dia bersama beberapa rakan melawat sahabat baik mereka iaitu aktres Datin Intan Najuwa yang baru sahaja melahirkan cahaya mata pertama, baru-baru ini.
Di dalam video yang dimuat naik menerusi platform TikTok itu, dapat dilihat mereka saling teruja dapat melihat bayi perempuan Intan yang diberi nama Imane Lunara itu.
Ada Yang Mempersoalkan…
Malah warganet turut menyatakan rasa gembira dan menitipkan ucapan tahniah atas kelahiran bayi perempuan pelakon berkenaan.
Bagaimanapun, ada juga segelintir yang mempersoalkan tindakan Intan yang difahamkan telah melahirkan anak sulungnya secara pembedahan.
Tampil membalas persoalan tersebut bagi pihak Intan, Fatin meluahkan rasa geram dengan persoalan yang seolah-olah mempertikaikan proses bersalin sama ada secara pembedahan (czer) atau normal.
Ads
“Intan czer (bedah) pun bukan dia nak. Tapi netizen yang ‘Alhamdulillah beranak normal, kenapa mesti czer’ itu jahat. Jenis muka busuk, hati busuk, tuhan belum uji, sebab itu macam itu,” balas Fatin.
Dinobatkan selaku Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33), pelakon Susan Lankester mendedikasikan kemenangan tersebut buat para pelakon wanita untuk sentiasa mengejar cita-cita dan impian.
Menurut Susan, para pelakon wanita inj juga harus lantang bersuara demi menjaga prinsip sebagai pelakon yang berkaliber.
“Saya sangat bersyukur dan rasa bertuah. Kepada semua pelakon wanita di Malaysia ketika ini, saya berharap agar mereka sentiasa percaya kepada diri sendiri dan percaya mampu pergi jauh.
“Harus bekerja keras dan lantang bersuara kalau merasakan ada perkara yang tidak betul atau mahukan perkara yang lebih baik. Saya ini seorang yang sentiasa bercakap berterus terang.
“Carilah skrip dan team produksi yang elok. Lihat saya sebagai contohnya. Sepanjang 40 tahun berkecimpung di dalam dunia seni, dalam masa seminggu, saya mendapat pengiktirafan di peringkat Asia Tenggara dan hari ini, di negara sendiri.
“Malam ini, saya seakan tidur diatas pelangi. Perasaannya sangat hebat. Saya sangat tersentuh. Namun, saya percaya masa juga memainkan peranan. Inilah waktu saya,” katanya kepada MH.
Susan berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media FFM33 yang berlangsung di Kota Media, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Dalam pada itu, pelakon filem Rain Town ini juga akui teruja dengan sambutan yang ditunjukkan oleh peminat-peminat di Malaysia selepas meraih dua pengiktirafan besar dalam masa dua minggu.
“Saya sangat tersentuh dengan reaksi yang diberikan peminat terutamanya daripada Malaysia. Media Sosial saya ketika ini sedang blow up gila-gila. Ramai yang menitipkan ucapan tahniah dan meluahkan rasa bangga.
“Kata mereka, saya buat rakyat Malaysia bangga. Inilah yang rakyat kita mahukan iaitu validasi daripada pihak luar. Mereka seperti menumpang kegembiraan itu di bahu saya.
“Perasaan saya rasa sangat teruja dan rasa ingin terbang. Bila Tan Kheng Hua menangis nak menyebutkan nama saya, saya terus lega dan teruja. Memang hasrat saya nak menang dan banggakan negara,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Susan turut mendedahkan dia mendapat inspirasi untuk membawakan watak Aileen Choo selepas melihat perjuangan mendiang ibu dan rakan-rakan terdekatnya melawan penyakit kanser.
“Selain ibu saya, ada beberapa rakan saya turut mengidap kanser. Watak ini memang ditujukan buat semua wanita yang sedang melalui atau sudah berjaya berjuang dengan kanser.
“Pada saya mereka adalah pejuang. Ibu saya juga pejuang tapi dia sudah tua. Saya sendiri bagitahu ibu, andai dia mahu pergi, saya reda.
“Malah, saya jaga ibu saya sehingga dia menutup mata. Dia tutup mata dalam keadaan tersenyum. Saya memang jadikan dia sebagai inspirasi untuk filem ini.
“Jika anda melihat watak Aileen yang sentiasa tenang, sayang anak-anak, letak tepi masalah sendiri dan fokus kepada keluarga. Itulah ibu saya,” akhirinya.
Terdahulu, sebelum dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik FFM33, Susan juga baru sahaja diumumkan selaku Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi Kreatif Asia 2024.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pemilik nama penuh, Nurul Hana Che Mahazan atau lebih dikenali sebagai Nana Mahazan yang juga merupakan bekas peserta program realiti nyanyian Akademi Fantasia (AF) musim pertama mengakui terpaksa melanggar janji untuk kembali ke arena seni suara.
Meski setelah lebih dua dekad beliau meninggalkan dunia seni dan hiburan tanah air, jelas Nana tujuan dia berbuat demikian, adalah demi menghasilkan lagu yang mampu menjadi penyuntik semangat untuk para wanita di Malaysia.
“21 tahun lalu, saya telah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak menyanyi lagi. Saya pun sedar diri yang nyayian saya tidak berapa sedap.
“Namun, saya mencari kekuatan untuk menghasilkan sebuah karya lagu yang telah dilancarkan pada sambutan Hari Wanita, terdahulu.
“Ia merupakan sebuah lagu motivasi dan bukan menyasarkan ke AJL. Saya hanya mahu berkongsi semangat jatuh bangun sepanjang bergelar anak seni.
“Saya tahu ramai pengikut saya di media sosial sangat sukakan konten-konten positif yang selalu saya hasilkan. Jadi, karya ini merupakan hadiah buat mereka. Semoga ia turut menjadi asbab kepada kebaikkan,” katanya.
Katanya lagi, semangat untuk kembali menyanyi hadir selepas mendapat dorongan daripada suami, Mohamed Raqeem Brian Abdullah dan mentornya, Datuk Jerry.
“Saya sebenarnya telah disuruh oleh mentor saya iaitu Datuk Jerry. Saya banyak belajar daripada beliau. Katanya ini bukan fasal suara tetapi perkongsian perjalanan hidup.
“Suami pun sokong walaupun ketika itu saya masih berbelah bahagi. Saya tahu ia akan mengundang banyak kecaman daripada netizen.
“Malah, ketika ini juga, ramai yang memuat naik semula video-video lama saya ketika menyanyi. Namun, disebabkan saya ada matlamat yang baik, saya teruskan juga,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Nana turut mengakui bahawa agak sukar bagi dirinya untuk membiasakan diri kembali mengadakan sesi rakaman di studio untuk memenuhi tuntutan berkenaan pada ketika itu.
“Saya tidak berapa suka dengan proses rakaman. Bila masuk ke studio dan kita mula memakai headphone, saya rasa tekanannya agak tinggi. Mungkin sebab itu saya tak suka jadi penyanyi.
“Namun, produser pula mengatakan tidak mengapa jika nyanyian tidak sempurna kerana ia merupakan karya yang lahir dari hati. Mungkin lama lagi kalau saya nak menyanyi balik pun,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Nana akui teruja dengan respon positif daripada netizen yang rata-ratanya rindu untuk melihat Nana kembali menyanyi.
“Bila kita lancarkan pada 8 Mac lalu, penerimaan orang sangat positif. Tiada pun yang berikan komen negatif. Mungkin mereka rindu nak dengar nyanyian saya.
“Ada yang kata saya boleh menyangi tapi kena lagu yang sesuai. Mungkin masyarakat dapat merasai apa yang ingin saya sampaikan,” akhirinya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kejutan dapat disaksikan menerusi saingan minggu keenam program Gegar Vaganza 11 (GV11), malam tadi apabila dua pesertanya, Reshmonu dan Illa Sabry diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.
Reshomu dan Illa masing-masing berada di dua kedudukan paling bawah iaitu dengan markah sebanyak 57.30% dan 55.70%.
Sementara itu penyanyi Liza Aziz kembali menduduki tangga pertama dalam kalangan 11 peserta yang bertanding apabila menerima markah tertinggi minggu ini dengan 76.50%.
Kemenangan itu sekali gus melayakkan Liza membawa pulang Anugerah Terpaling Adabi dan wang tunai berjumlah RM2,000 dan barangan Adabi sebanyak RM500.
Dadali Dyrga dan Sheila Abdull pula di kedudukan yang kedua dan ketiga. Ini dia markah keseluruhan semua bintang bertanding minggu ini;
Minggu hadapan, sembilan peserta yang masih kekal akan menyahut cabaran dengan tema ‘Gwencana’, yang mana mereka bakal membuat persembahan menyanyikan lagu di luar kebiasaan masing-masing.
GV11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse (kini digantikan dengan Sherry Al Hadad) bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Kesemua peserta yang diadili oleh juri tetap iaitu Datuk Ramli M.S, Hetty Koes Endang dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...