Ads

“Ada Kala Chat, Main Game Dengan Orang Tak Kenal…,” – Jarang Naluri Ibu Silap, Scha Alyahya Tegas Jaga Batas Pergaulan & Dunia Digital Anak-Anak

Pelakon dan usahawan, Scha Alyahya mengakui dia mengambil serius soal batas pergaulan, terutamanya apabila melibatkan anak-anaknya yang semakin meningkat awal remaja.

Menurut Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, sebagai seorang ibu, dia dan suaminya yang juga pengacara, Awal Ashaari sentiasa berusaha memberikan pemahaman awal kepada anak-anak, khususnya hal yang berkaitan dengan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Didikan Awal & Batas Pergaulan Anak-Anak

“Ada Kala Chat, Main Game Dengan Orang Tak Kenal…,” – Jarang Naluri Ibu Silap, Scha Alyahya Tegas Jaga Batas Pergaulan & Dunia Digital Anak-Anak

“Bila menjadi ibu bapa, banyak hal-hal baru yang saya rasai. Malah, ada juga kerisauan yang saya pun tak jangka.

“Walaupun Awal kata saya overthink tapi itulah naluri seorang ibu. Menjaga batas pergaulan memang sangat penting. Itulah perkara paling asas.

“Kalau kita ajar mereka daripada sekarang, bila dewasa nanti, mereka akan tahu menjaga batas. Tidaklah terlalu bebas. Asalkan mereka tahu menjaga diri.

“Sebagai ibu bapa, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk membentuk pergaulan mereka sejak awal. Ketika ini, kitalah orang yang paling dekat,” katanya kepada MH.

Scha berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran Ayaaya koleksi The Nexx yang berlangsung di Club21Lab, Shoppes at Four Seasons Place, Kuala Lumpur, petang Isnin.

“Ada Kala Chat, Main Game Dengan Orang Tak Kenal…,” – Jarang Naluri Ibu Silap, Scha Alyahya Tegas Jaga Batas Pergaulan & Dunia Digital Anak-Anak “Ada Kala Chat, Main Game Dengan Orang Tak Kenal…,” – Jarang Naluri Ibu Silap, Scha Alyahya Tegas Jaga Batas Pergaulan & Dunia Digital Anak-Anak

Ads

Pantauan Media Sosial

Katanya lagi, selain pergaulan secara fizikal, dia turut memberi perhatian serius terhadap pergaulan anak-anak di alam maya.

“Ada Kala Chat, Main Game Dengan Orang Tak Kenal…,” – Jarang Naluri Ibu Silap, Scha Alyahya Tegas Jaga Batas Pergaulan & Dunia Digital Anak-Anak

“Kita kena ajar mereka tentang pergaulan, percakapan dan penggunaan media sosial.
Ada kalanya mereka chatting dan main game dengan orang yang kita tak kenal.

“Dalam dunia sekarang, ada banyak batasan yang perlu kita letak dalam hidup. Saya memang selalu nasihatkan anak-anak sebab saya seorang yang cepat takut.

“Saya akan periksa gadjet mereka dan cari tahu apa yang mereka muat naik, tonton dan perbualan bersama rakan-rakan. Kalau sesuatu hal itu tidak elok, saya akan terangkan dia.

Ads

“Kalau kita tak jaga dan pantau, ia akan susahkan kita di kemudian hari,” ujarnya.

Menurut Scha lagi, pendekatan yang digunakan bukan sekadar bersikap tegas, sebaliknya memberi kefahaman kepada anak-anak agar mereka lebih mengerti.

“Ada Kala Chat, Main Game Dengan Orang Tak Kenal…,” – Jarang Naluri Ibu Silap, Scha Alyahya Tegas Jaga Batas Pergaulan & Dunia Digital Anak-Anak

“Memang kita tak boleh sambil lewa tapi ada kalanya kita sebagai ibu bapa ada terlepas pandang. Saya dan Awal pun ada terlepas pandang.

“Ada kalanya mereka ada cipta akaun-akaun yang tidak sepatutnya. Mereka ada bertanya kenapa tak boleh download game Roblox. Saya jelaskan mereka masih di bawah umur.

Ads

“Mereka juga tanya tentang had umur media sosial. Jadi, saya tunjukkan kepada mereka berita-berita semasa. Jadi, mereka pun mudah faham.

“Ketika ini, kanak-kanak sudah terdedah dengan gadjet. Walaupun kita melarang, mereka boleh sahaja cari jalan. Mereka lebih bijak. Jadi, kita kena bagi pemahaman kepada mereka,” kongsinya lagi.

Malah, Scha turut menetapkan had masa penggunaan gajet untuk dua anak perempuannya.

“Ada Kala Chat, Main Game Dengan Orang Tak Kenal…,” – Jarang Naluri Ibu Silap, Scha Alyahya Tegas Jaga Batas Pergaulan & Dunia Digital Anak-Anak

“Anak-anak saya hanya akan ada akses kepada telefon atau Ipad pada Sabtu dan Ahad sahaja. Namun, merek tiada akses kepada media sosial.

“Saya juga tetapkan screen time. Jika saya rasa sudah terlalu lama, saya akan ambil sahaja gadjet mereka,” akhirinya.

Untuk rekod, Scha dan Awal mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Lara Alana serta Lyla Amina yang kini berusia lima tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Bekas Pelakon Kanak-Kanak, Kianna Underwood Maut Dalam Kejadian Langgar Lari

Dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan pemergian tragis bekas bintang kanak-kanak Nickelodeon, Kianna Underwood, yang maut selepas terlibat dalam insiden langgar lari di Brooklyn, New...
error: Hello. Cannot.