Pelakon Scha Elinnea tidak menafikan dirinya ada menerima mesej dan foto berbaur lucah daripada golongan lelaki, termasuk yang sudah mempunyai isteri.
Pemilik nama lengkap Natasha Mohamed Mubeen, bagaimanapun tidak mahu mengambil pusing soal tersebut selagi tidak mendatangkan kemudaratan terhadap dirinya.
Cuma, bintang muda berusia 21 tahun ini mengambil pendirian untuk lebih berhati-hati khasnya ketika berada di luar.
“Tidak dinafikan saya kerap dapat gangguan. Boleh katakan setiap minggu saya dapat gambar lucah di Instagram.
“Ada mesej yang diterima daripada kalangan mereka yang sudah berkahwin, selain orang bujang.
Ads
“Ada juga yang ajak saya keluar meski mereka tahu sudah beristeri,” akuinya.
Scha pada masa sama turut berkongsi mengenai pengalaman berdepan kritikan melampau.
“Setakat ini, tidaklah terima kecaman yang teruk, cuma pernahlah ada yang kata kalau kena rogol ni, sia-sia sahaja.
“Bila saya tengok mesej macam itu saya akan lebih berhati-hati bila keluar. Saya akan keluar bersama teman yang membuatkan situasi akan jadi lebih selamat,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Scha ditemui di sidang media memperkenalkan barisan artis di bawah pengurusan Absolut Management di Connexion Conference & Event Centre, Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam pada itu, Scha turut menegaskan pakaian seksi bukan menjadi punca utama kes rogol yang berleluasa, namun ia berlaku disebabkan masalah nafsu dan mental.
Ads
“Sejujurnya saya tak rasa seksi itu mendorong ke arah kes rogol.
“Ia atas individu itu, misalnya kalau pemikiran, nafsu yang tidak boleh dikawal…Malah ada juga kes rogol ini melibatkan wanita yang menutup aurat.
“Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak. Bagi saya, ia terjadi disebabkan nafsu dan akal masing-masing,” ujarnya.
Pelakon dan pelawak, Datuk Afdlin Shauki telah berkongsi berita duka apabila memaklumkan bapanya, Aksan Abu Bakar telah meninggal dunia pada pagi Selasa.
Berita sedih itu dikongsi Afdlin menerusi laman media sosial Instagram.
Dalam pada itu, pelakon berusia 49 tahun ini turut memohon ramai agar mendoakan roh arwah bapanya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
“2.57 am 11/8/2020 di HUKM Cheras tingkat 2. Innalillah wainna illaihi rojiuun.
“Senyuman terakhir papa yg tak habis -habis membuat orang berasa tenang dan ceria.
“Tiada lagi Aksan bin Abu Bakar. Bapa kepada 10 orang anak. Suami kepada dua orang isteri.
“Bapa ku yg tercinta. Dia berpesan kepada ku yang dia meminta maaf dan ampun ke atas segala kesalahan yang pernah beliau lakukan kepada sesiapa yang mengenali beliau. Tolong ampunkan ye.. please!
“Beliau juga memaafkan semua orang dan juga berkata yg beliau tidak ada rasa dendam atau sakit hati dgn sesiapa.
“Ya Allah kau ampunilah dosa-dosa beliau dan terimalah amalan dan kebaikan beliau. Tempatkanlah roh beliau dikalangan roh-roh orang yang beriman. Al-fatihah. I love you papa.
“Assalammualaikum. Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda tersayang kami En Aksan bin Abu Bakar telah kembali ke rahmatullah pada hari ini Selasa 11/08/2020, pukul 2:57 pagi di HUKM, KL.
“Sama2 kita doakan agar rohnya dirahmati dan ditempatkan dgn golongan orang-orang yang beriman,” tulisnya panjang lebar.
Selepas mengesahkan hubungan mereka putus di tengah jalan, pasangan pelakon, Mimi Lana dan Syafiq Kyle dilihat selesa membawa haluan hidup masing-masing.
Setelah sekian lama dilihat tidak bersama, Mimi menerusi posting terkini ada memuat naik foto terbaru bersama Syafiq ketika menjadi tetamu jemputan di sebuah program televisyen.
Pasangan pelakon tersebut dilihat hadir ke program berkenaan bagi mempromosikan sebuah drama pendek berjudul Serikan Hatimu 2 yang turut dilakonkan mereka.
“Hi nama i INTHON !! Siapa tengok #serikanhatimu2 ?,” tulisnya.
Foto yang dimuat naik di akaun Instagram itu nyata mengundang reaksi pelbagai netizen selepas meraih lebih 20,000 tanda suka dan turut dihujani ratusan komen.
Malah, mereka turut memuji sikap profesionalisme yang ada pada pelakon tersebut.
Drama pendek Serikan Hatimu 2 bakal bersiaran pada setiap Isnin, jam 9.50 malam di TV3.
Selain Mimi dan Syafiq, drama ini turut menampilkan seorang lagi pelakon popular yang juga merupakan anggota kumpulan De Fam iaitu Azira Shafinaz.
Sumber: Instagram Mimi Lana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Umum mengetahui, menguruskan apa sahaja jenis bisnes bukanlah sesuatu yang mudah tidak kiralah sama ada perniagaan itu berskala kecil ataupun besar.
Demi menjana keuntungan, anda bukan sahaja harus melaburkan wang ringgit tetapi masa dan kudrat juga amat ditagih bagi memastikan segalanya berjalan lancar.
Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak COVID-19 nyata memberi kesan bukan sahaja buat syarikat ternama malah industri kecil dan sederhana turut menerima nasib yang sama.
Lebih parah apabila ada kebanyakkan syarikat terutamanya industri kecil dan sederhana (SME) terpaksa memberhentikan beberapa tenaga pekerja demi memastikan perniagaan terus berjalan malah ada juga yang terpaksa gulung tikar.
Gara-gara penularan wabak COVID-19, kebanyakkan pengusaha restoran mengalami kerugian yang sangat teruk. Malah, gerai-gerai juga terpaksa ditutup sepanjang tempoh PKP ini.
Bagi Dylan Chong dan isteri, En Ci yang mengusahakan restoran makanan berasaskan sayur-sayuran dan Taiwanese Pancake yang diberi nama Kimo-Ge, mereka merupakan salah sebuah restoran yang terkesan akibat pendamik ini.
Oleh yang demikian, cara yang terbaik untuk mereka mengatasi masalah ini adalah dengan beralih kepada operasi atas talian.
“Kopitiam kami terpaksa ditutup akibat PKP. Kami tidak menjalankan sebarang perniagaan dan punca pendapatan kami juga terputus. Bahan-bahan keperluan asas juga sukar untuk didapati dan jika ada sekalipun kosnya terlalu mahal.
“Bagaimanapun, saya telah memulakan semula perniagaan tetapi kali ini secara atas talian. Kami mula menerima pesanan lalu menyediakannya di dapur rumah kami. Saya juga memuat naik iklan di Facebook dan Instagram bagi menarik perhatian para pelanggan.
“Meski hasilnya tidaklah begitu menggalakkan, kami masih mempunyai pelanggan yang setia, rakan-rakan dan saudara mara yang menyokong kami sepanjang tempoh sukar itu,” kongsinya.
2. Letakkan 100% Kepercayaan Kepada Syarikat Pembekal
Jika sebelum ini, kita tidak bergantung harap kepada orang lain untuk mengembangkan bisnes kita, tetapi kali ini situasinya agak berbeza.
Akhirnya, anda juga terpaksa bergantung harap terhadap kepakaran yang dimiliki oleh orang luar. Sebagai contoh, buat pemilik syarikat Poppety Pot, Balqis, dia menyedari bahawa dia kini tidak lagi boleh memilih jenis-jenis tanaman yang ingin dijual.
“Saya biasanya memilih sendiri kesemua jenis tanaman yang saya ingin jual. Namun,sepanjang PKP, saya harus meletakkan ke semua kepercayaan kepada pembekal untuk memilih tanaman yang terbaik untuk saya niagakan.
“Sukar untuk saya mencari pasu bunga ketika ini kerana kebayakkannya saya beli sewaktu melancong ke luar negara. Saya tiada pilihan apabila terpaksa menjual tanaman tersebut didalam bubble wrap, kotak atau plastik hitam daripada nurseri. Saya bersyukur para pelanggan faham akan dituasi tersebut.
“Selalunya pelanggan akan datang ke rumah untuk membeli pokok, tetapi tempoh PKP ini talah memaksa saya untuk menggunakan servis perkhidmatan penghantaran. Ternyata perkara ini lagi memudahkan saya,” katanya.
3. Kuasa Media Sosial
Tahukah anda, media sosial mampu membangunkan atau menghancurkan seseorang. Sama seperti Radius Khorr yang memiliki perusahaan kedai kopi, Kee Nguyen, sosial media telah banyak membantunya.
Sepanjang tempoh PKP, perniagaan mereka harus bergantung harap kepada rakan servis penghantaran sama seperti servis makanan yang lain.
Bagaimapaun, permintaan terhadap kopi mereka naik mendadak selepas iklan promosinya viral di media sosial.
“Peningkatan mendadak selepas iklan kami tular. Selepas berkongsi kepayahan sebenar kami, seorang pelanggan setia setuju untuk berkongsi mengenai kisah kami. Kami sendiri tidak perasan yang kami sudah memiliki hampir 16,000 pengikut di Twitter selepas itu.
“Bagaimapun, individu tersebut tetap merahsiakan lokasi kafe kami kerana baginya kafe ini sangat istimewa. Malah dia juga risau sekiranya kami tidak dapat memenuhi permintaan yang sangat tinggi.
“Dia mempromosikan kafe kami tanpa pengetahuan kami. Individu tersebut berkongsi perkara tersebut sudah lewat malam dan kami hanya menyedarinya pada keesokan harinya itu. Kafe kami akhirnya viral.
“Kami teruja dengan sambutan yang kami terima. Kebanyakkan dari mereka sudah pun menjadi pelanggan setia kami yang baru. Kami sangat bersyukur dan berterima kasih mengenai perkara ini.
Peraduan Hero Bangkit
Atas situasi semasa dunia yang berlaku ketika ini, tidak dinafikan ia menjadi antara detik sukar buat semua pihak, termasuklah para usahawan.
Cakna mengenai isu berkenaan, Tesco Malaysia tampil secara bersemangat memperkenalkan kempen serta peraduan ‘Hero Bangkit’ bersempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.
Ia khusus bagi membuka peluang buat usahawan untuk berkongsi cerita serta pengalaman mereka saat berdepan situasi sukar beberapa bulan lalu atas situasi semasa yang berlaku semenjak fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan.
Jadi, peraduan ini memberi peluang untuk membantu mempromosikan barangan jualan/servis mereka dengan lebih baik diplatform radio Era fm sekiranya dipilih sebagai pemenang kelak bersama-sama TESCO baucar bernilai RM5,000.
Jadi, anda boleh menyertai peraduan Hero Bangkit, dengan mengkuti beberapa syarat ini;
2. Kongsikan latar belakang & kisah bisnes anda.
3. Ceritakan juga mengapa anda layak untuk ditemu duga oleh pihak Astro untuk berpeluang memenangi baucar Tesco bernilai RM5,000
4. Sertakan video mengenai idea yang ingin anda bentangkan. (tidak wajib).
Peraduan ini akan bermula pada 6 Ogos dan berakhir pada 30 Ogos 2020. Manakala, sistem undian pula akan dibuka pada 31 Ogos dan tamat pada 4 September depan.
Nama pemenang bersama syarikat seliaannya akan diumumkan di program TV dan radio Astro bermula 7 September sehingga 13 September.
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.