Uncategorized

“Ada Cara Untuk Menghantar Mesej Secara Positif…,” – Reaksi Janna Nick Bila Dipanggil Macam ‘Monyet’ ke?

Share

Baru-baru ini pelakon dan penyanyi Janna Nick seperti menerima kritikan pedas daripada rakan artis semasa mengacarakan sebuah program di televisyen.

Bukan sahaja digelar ‘gedik’ malah pelakon drama Coffee Prince itu dikatakan turut disamakan dengan ‘monyet’.

Susulan itu, Janna tampil memberikan responnya menerusi laman Twitter, dipercayai sebagai respom terhadap apa hangat diperkatakan ketika ini.

“Saya hormat pendapat orang lain dan hargai kritikan membina kerana saya ingin memperbaiki diri saya ke arah yang lebih baik.

“Saya percaya sentiasa ada cara untuk menghantar mesej itu secara positif dan saya bersikap terbuka untuk menerimanya,” tulisnya.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, kelihatan ada komen yang turut sama mengkritik Janna seperti pengguna Twitter, @Sangbion.

“Betul ke macam tipu jer. Dari dulu dah ramai orang tegur dah ramai orang kritik suruh improve, tak improve pun.

“Dah ramai sangat nak you tarik diri dari melodi tolonglah tarik diri for sake of other people too. Janganlah jadi selfish sebab you nak duit semata. Maybe betul you ‘kissass’ the producer,” tulisnya.

Bagaimanapun, ramai yang mempertahankan Janna dan memuji sikapnya yang terbuka menerima kritikan orang ramai itu.

Ini bukanlah kali pertama Janna berdepan dengan kritikan semasa mengacarakan program itu. Sebelum ini, dia juga pernah dikecam kerana dikatakan ‘kayu’ dan juga memakai pakaian yang terlalu ketat.

Namun, Janna kekal positif dan menjalankan tugasnya sebaik mungkin disamping rakan hosnya, Ajak Shiro.

Foto: Instagram Janna Nick

IKLAN