Umum mengetahui, pelakon dan pelawak Saiful Apek merupakan antara selebriti yang amat mencintai haiwan terutamanya kucing.
Namun, baru-baru ini pelakon dan pelawak senior tersebut meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir pihak yang dilihat tidak sensitif apabila dia berkongsi tentang kematian kucing kesayangannya di Instagram.
Rasa kesal tersebut telah dikongsikan Apek selepas ada individu yang mengaitkan kematian mendiang Accapan adalah lebih penting daripada kematian kucing.
“Kita adalah ‘asbab’ utk kebaikan mereka (haiwan) di dunia & mereka (haiwan) pula, adalah ‘asbab’ utk kebaikan kita di akhirat. • “Haiwan mengetahui, lebih dari manusia. WALLAHUALAM” – (Ustaz Azhar Idrus),” tulisnya.
Jelas Apek, manusia merupakan sebab untuk kebaikan haiwan di dunia ini manakala haiwan pula adalah sebab untuk kebaikan manusia di akhirat.
Dalam pada itu, pelakon tersebut turut memetik kata-kata Ustaz Azhar Idrus iaitu haiwan mengetahui lebih daripada manusia.
Sementara di ruang komen, ada yang bersetuju dengan kenyataan yang kongsikan, selain ada yang menyifatkan ada orang yang tiada nilai kasih sayang terhadap haiwan.
Bagi MH, orang luar tidak akan faham tentang nilai sentimental apabila kehilangan haiwan peliharaan sehinggalah mereka merasainya sendiri.
Foto: Instagram
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI