Uncategorized

Abby Gelar Suami Dan Norman, Geng Kunyit

Share

Beberapa hari lalu pelakon wanita, Abby Abadi ada berkongsi gambar bekas suaminya, Norman Hakim sedang memeluk suaminya.

Menerusi perkongsian itu, di ruangan kapsyen Abby bergurau dengan menggerlarkan mereka berdua sebagai ‘geng kunyit’.

“Geng Kunyit HAHAHAHAAA ?

 

“Selalu terbaca kalau lelaki dgn lelaki org gelarkan geng kunyit…kenapa panggil kunyit? Kunyit tu apa sebenarnya?? ?

 

“PS: Oman ni pengasih & penyayang. Sebab tu beria dia pelukkk suami kita tu hehe..,” tulis kapsyennya.

Rata-rata pengikut Abby telah meninggalkan komen yang positif dan suka melihat kebahagiaan keluarga besar mereka ini.

shidah29782: ????? subhanallah suka saya tgk family kalian.. Mengikuti perkembangan keluarga ni dr zaman elite n abg norman zaman model lg… Semoga bahagia dunia akhirat kak abby

hudha_rahmannnnn:

Semoga keluarga kak Abby terus bahagia ..aminnnn?

rzyrse: Alhamdulillah bahagianye tengok silatulrahim yg ikhlas

azyan_my: Ni geng halia laa kak by ?? kunyit lampau sgt ??

sayahayati: Jadi kwn baik suka tgk ??

Seronok melihat keakraban kedua-dua keluarga ini, walaupun masing-masing mempunyai sejarah silam bersama namun apakandaya jodoh tidak panjang tetapi persabahatan antara mereka tetap terjalin sehingga sekarang.

Keluarga bahagia Abby dan Norman ini boleh dijadikan contoh untuk kita semua. Tidak semestinya kita harus bermusuh jika sesebuah perhubungan itu terputus di tengah jalan.

Sumber: Instagram Abby Abadi

IKLAN