Pelakon dan Pelawak, Along Cham mendedahkan bahawa dia pernah mengalami kemurungan sebelum ini.

“Abang Punya Tahap Kemurungan Dulu Lagi Teruk Dik” – Along Cham Dedah Pernah Alami Depresi?

Dia berkongsi perkara itu di laman Instagramnya.

IKLAN

“Assalamualaikum…buat semua anak-anak seni yang di label ‘baru nak up’. Abang punye tahap kemurungan dulu lagi teruk dik.

“Bukan sekadar kena kecam jer…kena maki hamun depan-depan, fitnah, sumpah seranah lagi le jangan cakap.

“Mak ayah abang kena jerit dengan orang ramai, stesen TV banned abang dek kerana mulut-mulut mereka yang gemar mengaibkan manusia. Income terus takde woo masa tu dik,” tulisnya.

Dalam pada itu, Along juga sempat memberikan nasihat buat individu yang mempuyai masalah depresi.

“Macam ni dik…Lain kali bila ada masalah cuba bercakap dengan ALLAH SWT. Cari mereka-mereka yang boleh motivate kite ke arah positif.

“Jangan dicari budak-budak raver pulak yer. Buat lek buat derk jer dik,” nasihatnya.

IKLAN

Alahai! kesian pula MH baca kisah Along ni. Kalau tak kuat, memang boleh kalah kot. Apa-apapun, MH doakan semoga mereka yang mempunyai masalah ini mendapatkan nasihat pakar untuk penyelesaian sepatutnya.

IKLAN

Foto: Instagram Along Cham

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI