Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang yang juga merupakan abang ipar kepada pelakon, Syatilla Melvin iaitu Datuk Seri Zainal Abidin Osman meninggal dunia 2.00 pagi tadi dipercayai dipercayai akibat kanser darah (multiple myeloma).

Berita itu turut disahkan isterinya, Datin Seri Nur Syafiqa Amirol Melvin menerusi Instagram miliknya, awal pagi ini.

“Salam, buat semua yang mengenali suami saya, Dato Seri Zainal Abidin Osman… beliau baru saja dijemput yang maha Esa pada pukul 2.07 pagi tadi ( 27 Ogos 2018 ).

 

“InshaAllah jenazah akan dikebumikan di masjid Sg. Acheh, Nibong Tebal selepas Asar hari ini. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, saya mewakili suami memohon ampun maaf andai ada dia tersilap kata terhutang apa apa dengan kalian.

 

“Terima kasih. – Datin Seri Syafiqa Melvin,” tulisnya.

IKLAN

Turut sama berkongsi berita tersebut adalah Syatilla sendiri menerusi laman Instagramnya.

IKLAN

“Mohon sedekahkan Al-Fatihah utk arwah abg ipar Tilla yg baru pergi tadi. InsyaALLAH abg, syurga tunggu abg.

 

“I love you so much, Allahuakhbar,” tulisnya.

IKLAN

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Pulau Pinang dan dijangka dikebumikan selepas solat Asar di tanah perkuburan Masjid Sungai Acheh.

Foto/Instagram: Syatilla Melvin & Syafiqa Melvin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI