Khabar terbaharu dari Paris, beregu badminton lelaki kebangsaan, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menempah tempat ke pusingan separuh akhir Olimpik Paris 2024.
Duo tersebut berjaya menumpaskan beregu India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty dalam perlawanan yang cukup mendebarkan.
Aaron dan Wooi Yik kalah pada set pertama dengan kutipan mata 13-21 namun bangkit kembali pada set kedua dan ketiga dengan kutipan mata 21-14 dan 21-16 untuk menumpaskan jaguh India yang merupakan beregu ke-3 terbaik dunia.
Pada set penentuan, suasana sedikit cemas apabila dua pasukan ini saling berkejar mata, meskipun pada mulanya ketinggalan Araron dan Wooi Yik berjaya memperkemaskan rentak permainan sekaligus mengetepikan pencabar mereka itu.
Ads
Esok, mereka bakal berhadapan dengan beregu nombor satu dunia dari China, Lai Wei Keng dan Wang Chang.
Ads
Beregu Aaron – Wooi Yik kini berada di kedudukan ke-5 dalam ranking dunia. Mereka sebelum ini memenangi pingat gangsa pada Olimpik Tokyo 2020.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh Marissa Dania Hakim tampil bersuara menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh mengundang fitnah.
Anak kepada pasangan selebriti, pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim berusia 19 tahun itu berkata, orang ramai seharusnya menjaga setiap pertuturan dan mengelak sebarang pemikiran negatif.
“Berhenti sebarkan khabar angin dengan pelbagai spekulasi yang akan membawa kepada fitnah.
“Berhati-hati dengan apa yang anda tuturkan dan berfikir,” katanya.
Perkara tersebut dikongsikan Marissa menerusi hantaran di Insta Stories, hari ini.
Marissa turut mengingatkan supaya orang ramai seharusnya bersyukur bahawa segala aib mereka masih tersimpan rapi.
“Bersyukurlah aib kita masih dijaga Allah SWT,” ujarnya ringkas.
Meskipun tidak menyebut sebarang nama atau isu yang diperkatakan, luahan Marissa dipercayai ditujukan kepada khabar angin yang bertebaran mengenai diri dan keluarganya.
Minggu lalu, suaminya iaitu Ahmad Aslam mengesahkan bayi sulungnya hasil perkahwinan dengan Marissa meninggal dunia selepas dilahirkan pada usia kandungan enam bulan.
Bahkan dalam kenyataan itu, Aslam berkata hanya orang tertentu sahaja tahu mengenai perkara berkenaan termasuk bapa mentuanya.
Rentetan daripada berita duka itu, terdapat netizen yang melemparkan kecaman selain menganggap perkara tersebut sebagai kifarah kepada tindakannya berkahwin di Thailand tanpa pengetahuan keluarga. –
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Syada Amzah mengakui video ucapan khas yang dimuat naik di media sosial sempena ulang tahun kelahiran kakaknya yang juga merupakan penyanyi terkenal, Shila Amzah dibuat atas dasar rindu.
Menurut Syada atau nama penuhnya Nursyuhada Amir Amzah, 26, video tersebut hanyalah ucapan normal yang sering dia lakukan buat setiap adik-beradik dan kenalan rapat.
“Kami semua rindukan dia. Sebagai adik beradik, perasaan rindu itu memang biasa. Walau baru lepas jumpa, bila balik sahaja kita sudah rindu. Lumrah darah daging.
“Video ucapan tersebut tiada apa-apa makna dan bukan untuk orang luar jadikan isu. Ia hanyalah ucapan untuk kakak saya sendiri. Itu juga cara saya menunjukkan tanda penghargaan. Tidak lebih daripada itu.
“Saya ada banyak video ahli keluarga dan rakan-rakan baik saya di telefon. Saya suka buat video sebegitu bila tiba hari jadi orang mereka. Bezanya sama ada saya kongsi di media sosial atau hantar terus ke Whatsapp,” katanya kepada MH.
Syada berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran album terbaharu penyanyi Amir Jahari yang berjudul Kembali yang diadaka di The Flint KL, The Curve, Petaling Jaya pada Rabu.
Katanya lagi, perkongsian video tersebut sekaligus membuktikan hubungannya dengan pelantun lagu Patah Seribu itu masih baik dan mereka masih berkomunikasi sehingga hari ini.
“Saya ada dapat mesej balas daripada Shila. Kami memang saling berhubung. Cuma video tersebut ibarat hadiah selain daripada ucapan panjang lebar.
“Kami memang tiada masalah. Bila orang menganggap hantaran tersebut sebagai sesuatu yang negatif, pada saya, tak mengapalah. Orang luar tak tahu apa yang berlaku dan mereka memang tak perlu tahu,” ujarnya lagi.
Mengulas mengenai dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan hantaran tersebut mempunyai maksud tersirat seperti ingin meminta bantuan kewangan, Syada menggesa individu terbabit tampil menunjukkan bukti.
“Sehingga kini, tiada siapapun yang datang berjumpa dan tunjukkan bukti tentang dakwaan mereka itu. Mereka hanya buat spekulasi. Saya tak boleh nak halang dan kawal.
“Saya tak ambil pusing pun apa yang mereka kata. Itu bukan masalah saya. Saya tak buat apa-apun, orang luar akan tetap bercakap,” katanya lagi.
Dalam masa sama, dia mengakui sudah hampir setahun tidak bertemu dengan kakaknya termasuk anak kedua Shila iaitu Rhea Akira yang baru dilahirkan pada Mei lalu.
“Setakat ini sudah setahun tak bertemu, kali terakhir adalah pada hari perkahwinan kakak iaitu Ogos tahun lalu.
“Saya juga belum berkesempatan jumpa anak buah sebab jadual sangat padat dan masa kami selalu bertembung,” jelasnya.
Terdahulu, Syada menuai perhatian ramai apabila memuatnaik sebuah video ucapan hari lahir yang menggabungkan koleksi gambar dan video bersama Shila.
Perkongsian tersebut seterusnya mengundang pelbagai reaksi netizen sehingga ada yang mendakwa dia masih ditanggung Shila dari segi kewangan.
Sekitar tahun lalu, Shila terjebak dengan konflik bersama ibunya, Fauziah Sarman, Syada dan abangnya, Amir Syafiq berkenaan isu penjualan rumah banglo di Hulu Langat.
Sementara pada April lalu, Shila yang ketika itu hamil anak kedua memberitahu belum bersedia untuk bertemu ibunya bagi mengelak sebarang gangguan emosi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Syada Amzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Peguam syarie mewakili Syamsul Yusof iaitu Azmi Rais tidak mengetahui mengenai dakwaan anak guamnya itu sudah melafazkan cerai terhadap isterinya di luar mahkamah.
Malah Azmi berkata, Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu kepadanya.
“Setakat ini saya tidak menerima sebarang maklumat mengenai lafaz di luar mahkamah. Saya juga tidak menerima saman atau dimaklumkan oleh Syamsul berkaitan hal ini.
“Syamsul hanya memfailkan tuntutan perceraian dengan kebenaran mahkamah di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS),” katanya.
Azmi memaklumkan perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada Selasa.
Dalam masa sama, Syamsul juga terpaksa menerima dengan hati terbuka apabila tidak dapat melafazkan cerai terhadap Ira Kazar pada hari ini.
“Dia terima sahaja. Dan menanti tarikh sebutan yang seterusnya (25 September) depan,” ujarnya.
Untuk info, Syamsul menfailkan cerai terhadap Ira pada 19 Ogos lalu kerana dikatakan tidak lagi mempunyai persefahaman.
Sebutan yang sepatutnya berlansung pada 27 Ogos itu terpaksa ditunda kepada 25 September depan memandangkan Ira baru sahaja melantik peguam.
Untuk rekod, Syamsul dan Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.
Syamsul juga sebelum ini pernah berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan bercerai pada 14 Jun tahun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.