Selain berlakon, pelakon Datuk Aaron Aziz juga sering kali terlibat dalam kerja-kerja kebajikan dan terbaharu, dia dan isteri kini berada di Phnom Penh, Kemboja bagi tujuan amal membangunkan sebuah masjid baharu di negara tersebut.
Menerusi perkongsian di Instagramnya, Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz, 46, berkata dia tidak lena tidur sejak tiba di negara itu gara-gara kemunculan tikus di bilik hotel yang didiaminya.
“Macam mana ni guys? Bilik bersih ke tak? Hotel boleh cakap datang dari luggage (bagasi)??!!
“Kita datang sini bawa baju dengan dana, bukan bawa tikus!” tulis Aaron di ruangan kapsyen.
Ads
Bagi menyelesaikan masalah tersebut, pihak hotel telah memberikan perangkap tikus kepada Aaron bagi menghapuskan tikus berkenaan.
Walaupun begitu, Aaron berkata dia masih ragu-ragu dengan tahap kebersihan hotal tersebut sehingga membuatkannya tidak boleh tidur malam.
Pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin dan Wan Ruzaini menerusi jenama Rizman Ruzaini mendedahkan hubungannya bersama aktres, Nur Fazura tiada sebarang masalah, namun hanya sedikit renggang disebabkan kekangan komitmen kerjaya masing-masing
Malah, situasi mereka juga kini sudah pun berbeza memandangkan masing-masing telah pun mendirikan rumah tangga dan berkeluarga.
“Sewaktu perjalanan ketika kami bujang dulu lain, jadi apabila kami berdua dah masuk ke fasa perkahwinan tambahan pula bila dah ada anak semuanya berubah.
“Tidak dinafikan, dulu banyak orang nampak kami selalu meluangkan masa bersama.
“Tetapi sekarang tidak lagi sebab kami semua sudah berkeluarga, dan sibuk dengan kehidupan masing-masing.
“Macam kami berdua sekarang sejujurnya lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga dan perniagaan sahaja,” kata Rizman.
Ruzaini menambah, hubungan persahabatan bersama Fazura masih baik dan sama sekali tiada perselisihan yang berlaku antara mereka.
Katanya lagi, mereka beranggapan timbulnya perkara sedemikian mungkin oleh kerana ada segelintir pihak yang membuat andaian dan spekulasi tidak berasas.
“Sejujurnya, hubungan kami berdua tiada masalah dan masih baik sehingga ke hari ini.
“Malah, tidak pernah ada pergaduhan antara kami berdua.
“Pada kami, mungkin timbulnya perkara ini oleh kerana spekulasi atau andaian segelintir pihak di luar sana,” katanya lagi ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun koleksi hijab RR Mono Scarves di RR Pop Up Store, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Terdahulu, ada netizen mendakwa hubungan Fazura bersama Rizman serta Ruzaini kian renggang disebabkan aktres berkenaan tidak kelihatan di beberapa majlis yang melibatkan pereka fesyen itu atau majlis lain yang dianjurkan Rizman dan Ruzaini kebelakangan ini.
Sementara itu, bersempena meraikan ulang tahun pertama koleksi hijab mereka, Rizman Ruzaini telah melantik tujuh selebriti iaitu Ziana Zain, Aina Abdul, Izara Aishah, Amyra Rosli, Kilafairy, Hawa Rizwana dan suri hati Rizman sendiri, Nurida Suraya sebagai ‘muse’ koleksi tudung berkenaan.
Menurut Rizman, mereka yakin dengan kemampuan selebriti yang dilantik ini menjadi platform pemasaran yang baik buat jenama tersebut.
“Sejak dahulu lagi di Rizman Ruzaini kami memang selesa untuk bekerjasama dengan selebriti tanah air. Bukan soal hubungan baik sahaja, namun bagaimana golongan ini juga mampu memberi impak yang baik terhadap jenama Rizman Ruzaini.
“Jadi pemilihan seramai tujuh selebriti ini dalam mewakili koleksi tudung RR Mono Scarves ini adalah satu pilihan yang tepat dalam memastikan jenama Rizman Ruzaini kekal relevan dalam industri fesyen negara.
“Soal mengapa tujuh selebriti ini dipilih untuk mewakili koleksi tudung ini, kami melihat setiap daripada mereka mempunyai golongan peminat yang berbeza.
“Sesuai dengan impian kami untuk memastikan jenama kami diterima setiap golongan, jadi melalui pengenalan para selebriti ini mampu merealisasikan harapan kami untuk memastikan jenama kami menjadi antara jenama fesyen yang dekat dengan rakyat Malaysia,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Rizman Ruzaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, tular di media sosial sepotong klip yang memaparkan gabungan band ‘underground’ menyanyikan semula lagu Seribu Tahun nyanyian asal, Imran Ajmain.
Persembahan itu mendapat reaksi pelbagai daripada warganet selepas band-band tersebut dikatakan mengubah susunan asal lagu berkenaan dan membawakannya dalam versi hard rock.
Malah, persembahan mereka juga turut mendapat respon daripada Imran sendiri.
Menurut Imran, dia sebenarnya menyambut baik percubaaan tersebut dan menyokong usaha band berkenaan untuk memberi kelainan terhadap lagu popular itu.
“Beberapa hari lalu, ada beberapa band bergabung didalam satu persembahan dan menyanyikan lagu 1000 Tahun. Kemudian, klip nyanyian mereka tular di media sosial.
“Bila ditanya mengenai pendapat saya apabila lagu tersebut dibawakan dalam versi hard rock, pada saya mereka mengintepretasikan dengan cara tersendiri. Kita wajib hormat. Itu pandangan saya,” katanya.
Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi asal Singapura itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram.
Katanya lagi, orang luar tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan band-band berkenaan sebaliknya trend tersebut wajib diangkat dan dibiasakan.
“Kalau kita tonton apa sahaja persembahan, apabila penyanyi itu menyanyikan lagu orang lain dengan cara sendiri, itulah cara mereka buat muzik dan mengekspresi diri.
“Saya sebagai penyanyi pop R&B, takkanlah saya nak orang lain beri penghargaan kepada saya dengan ikut cara saya lagi-lagi apabila yang menyanyikan itu adalah daripada kalangan band hardcore, metal, rockcore atau elektronik.
“Tak sepatutnya mereka buat semula lagu tersebut dengan susunan muzik yang asal. Pada saya itu salah. Saya rasa kalau kita nak menyanyikan lagu orang lain, wajib kita buat cara sendiri,” kongsinya lagi.
Dikesempatan itu juga, Imran turut merakamkan ucapan penghargaannya buat band-band yang terlibat dalam mempersembahkan lagu 1000 Tahun itu.
“Saya berterima kasih kepada band-band yang menyanyikan lagu saya Motherwit, Late Night Frequency, Dewataraya, MIM dan Glistening Redchair.
“Terima kasih banyak-banyak,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut memuji cara Imran menghargai muzik orang lain.
Sekadar informasi, 1000 Tahun merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Imran dan diterbitkan pada tahun 2007.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Imran Ajmain
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti dan usahawan, Noor Neelofa mengakui dia pada awalnya rasa terkejut dan terharu apabila masih ada jenama fesyen dunia yang masih berkerjasama meski penampilannya kini sudah berbeza.
Menurut Neelofa, dia percaya kepada hubungan kerjasama dan sambutan pengguna yang baik akan membawa kepada kolaborasi yang berterusan.
“Terkejut juga bila ada jenama yang masih sudi untuk berkerjasama. Namun saya sendiri faham sekiranya ada jenama yang mungkin sedikit takut atau risau jika sesuatu produk itu tidak mendapat sambutan atau kurang raih ‘engagement’ yang tinggi.
“Cuma mungkin bagi mereka yang pernah berkerjasama dengan saya lebih tahu. Misalnya kalau saya kongsikan di media sosial perihal item yang diberi, mungkin ada kesan positif bagi mereka dan kerjasama itu berterusan,” katanya kepada MH.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menambah, dia optimis apabila kini kebanyakan stesen televisyen dan produksi lebih bersikap terbuka.
“Sudah tentu saya rasa syukur dan berbangga pada masa sama sebab dalam sisi lain, ia juga satu ruang dakwah. Maksudnya mungkin yang melihat akan lebih tahu mengenai penampilan seorang wanita Muslimah.
“Malah saya lebih rasa tersentuh bila stesen televisyen masih mahu menerima saya seadanya. Misalnya program Nona bulan lalu selain projek terbaru saya dengan Astro.
“Pihak mereka sangat berlapang dada untuk menerima kita yang berniqab atau berpurdah ni untuk tampil sebagai pengacara dan sebagainya. Bagi saya ia satu situasi yang baik,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...