Uncategorized

Aaisyah Dhia Rana Bakal Dapat Adik Baru?

Share

Pasti ramai yang menjadikan aktress cantik ini sebagai inspirasi terutamanya wanita. Selain masih cantik di usia 40an, wanita ini juga berjaya dalam perniagaan.

Apa yang MH Online tertarik kali ini mengenai Rozita Che Wan ialah kenyataan jurugambar peribadinya, Annas Easkey yang memberi bayangan pelakon itu kini sedang hamil.

Malah, Annas turut menulis mengucapkan tahniah buat pelakon drama Kiah Pelasam yang lebih mesra disapa Che ta sebelum mengemaskini sekali lagi akuan media sosialnya pagi tadi.

“Tak sabar tunggu adik @aaisyahdhiarana111 yang baru,” tulisnya di kapsyen.

Malah Che Ta turut membalas kenyataan itu dengan berseloroh menulis,

“@annaseaskey JUS GOYANG RAPAT laaaaaa. #memangmendapat.” Ujar seolah mengiyakan kenyataan hangat itu.

Malah, kini heboh di media sosial mengatakan bahawa isteri Zain Saidin itu telah hamil terus menjadi tanda tanya ramai.

Berita kehamilan Che Ta adalah satu perkara yang ditunggu-tunggu jutaan peminat, lebih-lebih lagi selepas dia mendapat cahaya mata yang comel, Aaisyah.

Walaupun belum disahkan, berita ini sudah cukup menggembirakan dan mengujakan para peminat Che Ta . Disebabkan itu, ratusan jutaan tahniah telah pun diterima oleh beliau di laman sosial di ruangan komen di Instagramnya dan jurugambarnya.

Sudah pasti ramai yang teruja dan inginkan kebenaran dari empunya diri.

Che Ta telah disatukan dengan Zain dan dikurniakan seorang anak perempuan Aaisyah pada tahun 2014 dan dua orang anak lelaki, Ammar Effendy dan Aniq Ezra hasil perkahwinan terdahulu.

Apapun, MH doakan agar Rozita Che Wan dan suami dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata lagi.

IKLAN