Aaisyah Anak Che Ta Buat Tutorial Mekap

Ramai yang suka melihat telatah dan wajah comel anak perempuan kesayangan pasangan selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana kan?

Aaisyah pastinya mencuri perhatian di media sosial terutamanya dengan kepetahannya bercakap dalam loghrat Kedah selain gambarnya yang persis model cilik.

Apa tidaknya, setiap kali gambar atau video Aaisyah dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya mahupun di Instagram ibu bapanya pasti mendapat ribuan ‘like’ daripada pengikutnya.

Menerusi entri terbaru di Instagram kanak-kanak yang berusia dua tahun itu, Che Ta ada memuatnaik video yang menunjukkan Aaisyah sedang asyik memakai mekapmenarik perhatian netizen.

IKLAN

“ Morning .. tuturial untuk sapa yg nk p qeja pagi ni k.” tulis Che Ta di video tersebut.

Menerusi video perkongsian Che ta di Instagram itu 8 jam yang lalu, setakat hari ini sebanyak 78, 865 ribu tontonan memuji kanak-kanak cilik itu.

Aksi Aaishah sememangnya mendapat perhatian kerana gayanya yang comel sedang memakai mekap ibunya tentu sekali berjaya mencuit hati.

Rata-rata pengikutnya ramai yang geram dan jatuh hati pada gelagat Aaishah. Ada juga yang berkata tidak puas melihat telatah Aaishah yang cantik dan cerdik itu.

Che ta pula sebagai ibu pastinya mementingkan imej anaknya yang ingin dilihat cantik dan menawan.

IKLAN

Tidak mustahil satu hari nanti Aaisyah mungkin akan mengikuti jejak langkah ibu dan bapanya dalam dunia hiburan. Baru berusia dua tahun setengah tetapi dia sudah berbakat dan berjaya memikat hati ramai orang.

Morning .. tuturial untuk sapa yg nk p qeja pagi ni k? #aaisyahdhiarana #sept2017

A post shared by AAISYAH DHIA RANA (@aaisyahdhiarana111) on

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]