Penerbit Datuk A Aida, tampil menawarkan peluang rezeki buat aktor veteran Dharma Harun Al Rashid dengan janji akan menyediakan tawaran lakonan setiap bulan selama setahun.

Ia diberikan A Aida, sekiranya prestasi Dharma memuaskan hatinya menerusi telefilem Kisah Cinta Kau & Aku yang bakal menjalani penggambaran pada 15 Ogos ini.

“Saya nak tengok kemampuan dia dalam telefilem Kisah Cinta Kau & Aku yang akan jalani penggambaran tak lama lagi.

“Sekiranya lakonannya bagus, insya-Allah setiap bulan saya tak kan berhenti beri dia ‘job’. Setahun saya akan jaga dia.

“Maksudnya setiap kali ada cerita atau sekurang-kurangnya sebulan sekali saya akan cuba ambil Dharma. Semoga Allah permudahkan niat saya itu,” katanya.

Ads

Tambah A Aida, walaupun nilai tawaran yang diberi mungkin tidak tinggi, namun ia sekurang-kurangnya memberi ruang kepada Dharma untuk memperoleh pendapatan bulanan tetap bagi menampung komitmen hidup.

A Aida Pasang Niat, Mahu Terus Menerus Bagi Job Berlakon Pada Dharma Jika Beri Prestasi Baik – “Insya-Allah Setiap Bulan… Nak Bantu.”  A Aida Pasang Niat, Mahu Terus Menerus Bagi Job Berlakon Pada Dharma Jika Beri Prestasi Baik – “Insya-Allah Setiap Bulan… Nak Bantu.” 

Mahu Bantu Sehingga Stabil

Bukan itu sahaja, A Aida turut terbuka untuk memberi peluang kepada anak lelaki Dharma, iaitu Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, pelajar Ijazah Sarjana Muda di ASWARA, yang dilaporkan turut meminati bidang lakonan.

Ads

“Bayaran akan saya berikan mengikut babak yang dia akan jayakan. Jika banyak babak, banyaklah upah yang dapat.

“Jika watak sampingan sekalipun mungkin dapatlah dalam RM2,000 ke RM3,000. Setidak-tidaknya dapatlah Dharma selesaikan sewa bulanannya. Memang niat saya nak bantu Dharma.

Ads

“Saya juga mungkin akan beri peluang pada Syafiq kerana dengarnya dia minat berlakon dan kebetulan dia pun pelajar ASWARA, nanti saya akan lihat macam mana,” tambahnya lagi.

Terdahulu, keadaan terkini pelakon era 1980-an itu mula mendapat perhatian ramai selepas tular sebuah video menunjukkan tubuh Dharma yang kelihatan susut, mencetuskan kebimbangan terhadap kesihatan dan keadaannya.

Aktor filem Adik Manja itu kemudian mengaku mengalami tekanan perasaan selepas hampir tiga tahun tiada sebarang tawaran berlakon, hingga berat badannya menyusut kepada 45 kilogram.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads