Ads

88 Jam Tanpa Henti! Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 Sasar Jadi Festival Paling ‘Havoc’ Tahun Ini, Kelly Azman Bukan Nak Bersaing, Cuma…

“Tiada istilah mahu bersaing, festival raya yang sedia ada sebelum ini sudah ada satu ‘benchmark’ yang tinggi.” Demikian tegas Pengarah Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 (LRGGR 2026), Yang Mulia Raja Azman Raja Ayob, berhubung penganjuran acara tersebut yang bakal berlangsung pada 12 hingga 15 Mac depan.

Festival yang akan diadakan selama 88 jam tanpa henti di Pusat Dagangan Antarabangsa (WTC) itu menyaksikan Raja Azman yang juga hos dan penyanyi tampil dengan matlamat jelas iaitu mahu merancakkan suasana menjelang musim perayaan serta berkongsi rezeki bersama selebriti dan usahawan.

“Tak anggap ia sebagai persaingan sebab saya sedar, saya masih baru dalam bidang ini. Sebelum ini saya kerap menjadi hos pada festival raya sahaja, tetapi kali ini, ada rezeki untuk maju setapak lagi demi membuka peluang kepada para usahawan lain untuk berniaga menjelang raya.

“Saya sendiri kagum dan mengidolakan mereka yang sudah lama terbabit dalam penganjuran festival raya begini. Malah apa yang baik daripada mereka, saya ambil sebagai inspirasi demi menjayakan Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 ini,” katanya.

Mengulas mengenai pemilihan selebriti yang bakal turut serta berniaga, Raja Azman yang sinonim disapa Kelly Azman ini mengakui pada awal, pihaknya ada berdepan cabaran tertentu.

“Sebenarnya tidak mudah memandangkan idea untuk menganjurkan acara ini datang pada saat akhir. Jadi ada rakan artis yang sudah ada komitmen lain yang sudah dipersetujui.

“Apa pun, Alhamdulillah kerana ada di antara mereka yang komited seterusnya menyatakan kesudian untuk sama-sama memeriahkan.

“Misalnyq kami berjaya mendapatkan beberapa nama besar seperti Datuk Jamal Abdillah yang mempunyai kelompok peminat daripada golongan mak ayah, Alpha yang dekat dengan Gen Z, serta Ernie dan Syamel.

Ads

“Alhamdulillah, saya sangat terharu. Bila saya hubungi seorang demi seorang, ramai yang memberi respon positif dan bersetuju untuk turut serta,” katanya lagi.

88 Jam Tanpa Henti! Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 Sasar Jadi Festival Paling ‘Havoc’ Tahun Ini, Kelly Azman Bukan Nak Bersaing, Cuma…

88 Jam Tanpa Henti! Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 Sasar Jadi Festival Paling ‘Havoc’ Tahun Ini, Kelly Azman Bukan Nak Bersaing, Cuma…

88 Jam Tanpa Henti! Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 Sasar Jadi Festival Paling ‘Havoc’ Tahun Ini, Kelly Azman Bukan Nak Bersaing, Cuma…

Hujan Duit RM1,888!

Dalam pada itu, LRGGR 2026 bukan sekadar festival raya biasa.

Ads

Ia bakal mengetengahkan konsep marathon shopping dan hiburan tanpa henti, sekali gus dijangka menjadi tumpuan warga kota untuk membuat persiapan Aidilfitri sambil berhibur bersama keluarga.

“Sebenarnya ini kali pertama saya menganjurkan festival raya bertaraf antarabangsa. Untuk percubaan pertama ini, saya tidak meletakkan jangkaan yang terlalu tinggi.

“Saya mahu bermula dari bawah dan memperkenalkan jenama ini kepada rakyat Malaysia terlebih dahulu.

Bagi saya, angan-angan besar itu boleh disimpan dahulu.

“Apa yang penting, kita mulakan sesuatu yang realistik, mengikut kemampuan, dan beri peluang kepada semua untuk turut serta dalam festival ini,” katanya.

Ads

Selain persembahan artis popular, festival ini turut menawarkan pelbagai aktiviti mesra keluarga seperti cabutan bertuah dan pertandingan kanak-kanak.

Antara segmen paling dinantikan ialah hujan duit sebanyak RM1,888 pada setiap sesi.

Dari segi penyertaan vendor, lebih 40 peratus tapak telah ditempah, dengan sasaran keseluruhan sekitar 1,000 booth yang akan dibuka di bahagian atas dan bawah WTC.

Dengan konsep 88 jam tanpa henti, kehadiran barisan artis terkenal serta pelbagai ganjaran menarik, LRGGR 2026 dilihat berpotensi menjadi antara festival raya paling ‘havoc’ dan wajib dikunjungi tahun ini.

88 Jam Tanpa Henti! Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 Sasar Jadi Festival Paling ‘Havoc’ Tahun Ini, Kelly Azman Bukan Nak Bersaing, Cuma… 88 Jam Tanpa Henti! Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 Sasar Jadi Festival Paling ‘Havoc’ Tahun Ini, Kelly Azman Bukan Nak Bersaing, Cuma… 88 Jam Tanpa Henti! Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 Sasar Jadi Festival Paling ‘Havoc’ Tahun Ini, Kelly Azman Bukan Nak Bersaing, Cuma…

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Tahniah!,” – Hafiz Kembali Bergelar Suami, Video Lafaz Taklik Nikah Jadi...

Tahniah diucapkan kepada penyanyi Hafiz Suip, yang telah selamat melangsungkan perkahwinan kali keduanya bersama wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Fiona. Menerusi perkongsian sepotong video...
error: Hello. Cannot.