Setelah sekian lama menantikan zuriat, impian penyanyi Indah Ruhaila dan suami untuk menimang cahaya mata pertama akhirnya bakal menjadi kenyataan.

Menurut Indah, dia dan suami amat bersyukur dengan rezeki yang diberikan dan menyifatkan ketentuan Ilahi sebagai sebaik-baik perancangan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by INDAH (@indahruhaila)

“Benarlah Allah itu sebaik-baik perancang. Alhamdulillah. #8yearsofmiracles,” tulisnya ringkas di Instgaram.

Menerusi hantaran sama, penyanyi lagu Percayalah itu turut berkongsi beberapa keping foto memaparkan keadaan perutnya yang kini semakin membesar.

8 Tahun Menanti Keajaiban, Akhirnya Indah Ruhaila Hamil Anak Pertama – “Allah Sebaik-Baik Perancang.”

Bagaimanapun, Indah tidak menjelaskan secara terperinci mengenai kandungannya.

Ads

Ramai Tumpang Gembira

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis meluahkan rasa teruja serta mendoakan agar segala urusan Indah dan kandungannya dipermudahkan.

8 Tahun Menanti Keajaiban, Akhirnya Indah Ruhaila Hamil Anak Pertama – “Allah Sebaik-Baik Perancang.” 8 Tahun Menanti Keajaiban, Akhirnya Indah Ruhaila Hamil Anak Pertama – “Allah Sebaik-Baik Perancang.”

Antara komen-komen mereka termasuk;

“Alhamdulillah. Ya Allah, terima kasih memakbulkan doa sahabatku ini. Jaga diri. Tahniah untuk Indah dan suami.”

Ads

“Tahniah. Tumpang gembira untuk awak. Nikmatilah fasa hamil ini dan jaga diri.”

“Semoga sentiasa sihat dan dipermudahkan.”

“Tahniah kakak dan abang. Tidak lama lagi bertiga pula.”

Ads

“Alhamdulillah. Rahsia Tuhan. Tahniah Indah.”

Indah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Shariff Ahmad Taufik pada 24 Disember 2017 dalam sebuah majlis tertutup.

8 Tahun Menanti Keajaiban, Akhirnya Indah Ruhaila Hamil Anak Pertama – “Allah Sebaik-Baik Perancang.”

Sebelum itu, Shariff pernah berkahwin namun berakhir dengan perpisahan dan dikurniakan dua cahaya mata daripada perkahwinan terdahulu.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Indah Ruhaila

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads