Seperti yang kami jangkakan, Dukun pasti akan mendapat perhatian sekirannya ia berjaya menembusi pasaran perfileman.

Selain dari mempunyai selebriti-selebriti hebat, tahu tak korang sebenarnya ada banyak perkara-perkara yang terjadi sepanjang pengambaran Dukun berlaku?

Semua ini diakui sendiri oleh barisan pelakon yang menjayakan filem ini.

Nah ini dia beberapa trivia yang korang perlu tahu berlaku sepanjang filem ini dijalankan.

1.Isteri Faizal Hussien Terpaksa Pulang Ke Kampung!

7 Trivia Yang Korang Tak Tahu Terjadi Kepada Pelakon Dukun Sepanjang Pengambaran

Hah, jangan terkejut ya. Perkara ini diakui sendiri oleh pelakon serta isteri kepada Faizal Husien. Katanya, dari hari pertama Faizal menerima skrip Dukun, Faizal terlalu fokus dengan wataknya hingga menyebabkan isterinya, Suhaila Salam terpaksa membuat keputusan untuk pulang ke kampung demi anak-anak dan kebaikan mereka.

IKLAN

2.Elyana Sesat & Tak Jumpa KLCC Sewaktu Tayangan Dukun!

7 Trivia Yang Korang Tak Tahu Terjadi Kepada Pelakon Dukun Sepanjang Pengambaran

Menurut pelakon yang memegang watak sebagai Nadia mengakui dia telah sesat di kotaraya dan gagal jumpa jalan sebenar ke KLCC sedangkan dia menggunakan khidmat Waze ketika itu. Sesuatu sangat kan?

3.Faizal Hussien Akan Berlatih Baca Skrip Dalam Bilik Air Di Mahkamah!

7 Trivia Yang Korang Tak Tahu Terjadi Kepada Pelakon Dukun Sepanjang Pengambaran

Menurut Faizal Hussien, setiap hari dia akan ke mahkamah dan ke bilik air untuk berlatih di hadapan cermin. Faizal akan baca skrip sekuat mungkin dan tidak memperdulikan orang berada di dalam tandas.

IKLAN

4. Elyana Dengar Bunyi-Bunyi Pelik Ketika Di Penjara Pudu

7 Trivia Yang Korang Tak Tahu Terjadi Kepada Pelakon Dukun Sepanjang Pengambaran

Dalam salah satu babak ketika di Penjara Pudu, Elyana memberitahu dia perlu datang ke set pengambaran seawal 4 pagi. Ketika itu, ada beberapa bunyi pelik didengarinya sepanjang berada di sana.

5.Babak Mahkamah, Faizal Hussien Hanya Perlukan Satu Take Sahaja!

7 Trivia Yang Korang Tak Tahu Terjadi Kepada Pelakon Dukun Sepanjang Pengambaran

IKLAN

Kalau korang tengok macam mana Faizal Hussien beraksi di Mahkamah dan sebut segala terms-terms undang-undang pasti korang tak percaya sebenarnya semua itu hanya mengambil satu take sahaja. Sekiranya ada dua atau tiga itu pun kerana masalah-masalah teknikal.

6.Elyana Luangkan Waktu Bersama Umie Aida Selama Sebulan!

7 Trivia Yang Korang Tak Tahu Terjadi Kepada Pelakon Dukun Sepanjang Pengambaran

Demi menghayati watak Diana Dahlan Elyana menjelaskan dia meluangkan waktu selama sebulan bersama Umie Aida untuk belajar gerak lengok watak Diana.

7.Umie Aida Bela Ular Selama Dua Bulan!

7 Trivia Yang Korang Tak Tahu Terjadi Kepada Pelakon Dukun Sepanjang Pengambaran

Jika Elyana begitu, Umie Aida pula terpaksa hidup bersama ular untuk mempelajari segala gerak geri haiwan berbisa itu.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI