Ads

‘7 Tahun Dahulu Saya Pernah Frust Sebab Filem Tak Keluar-Keluar’- Elyana

Sejak mengumumkan bahawa dirinya menghidap kanser limfoma tahap empat tahun lalu, penyanyi dan pelakon, Elyana mengakui bahawa dia terpaksa menolak banyak tawaran kerja yang diterimanya untuk proses pemulihan.

Katanya, dia sangat bersyukur apabila filem yang dinanti selama 12 tahun, Dukun sekurang-kurangnya dapat mengubati kerinduan peminat terhadapnya dalam industri.

‘7 Tahun Dahulu Saya Pernah Frust Sebab Filem Tak Keluar-Keluar’- Elyana

Ads

“Tawaran kerja memang ada cuma saya yang terpaksa tolak atas sebab-sebab tertentu, jadi bila diberitahu beberapa hari lepas mengenai filem ini, saya rasa gembira, gementar dan macam-macam lagi.

“Tapi pada saya, sekurang-kurangnya adalah juga kelibat lakonan saya untuk mengubati kerinduan peminat kan?” katanya ketika ditemui di Tayangan Ekslusif Dukun bertempat di TGV KLCC, semalam.

Bagaimanapun, Elyana meminta agar orang ramai yang menonton filem ini agar tanamkan dalam fikiran bahawa lakonannya itu adalah 12 tahun yang lalu.

Ads

‘7 Tahun Dahulu Saya Pernah Frust Sebab Filem Tak Keluar-Keluar’- Elyana

Ads

“Kepada mereka yang menonton saya harap anda tidak bandingkan lakonan di dalam filem itu dengan zaman sekarang ya.

“Anda kena faham bahawa lakonan ini adalah 12 tahun yang lalu, muka pun ‘fresh’ lagi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Elyana turut mengakui bahawa dia pernah ‘frust’ apabila filem Dukun tidak dapat menemui penonton di pawagam.

“7 tahun dahulu saya pernah ‘frust’ sebab tak keluar-keluar kan, masa tahun kedua, ketiga masih berharap.

“Namun, bila tahu Dukun akhirnya ke pawagam, perasaan tu seperti anak yang hilang tiba-tiba jumpa, rasa excited sampai tak tahu nak buat apa,” katanya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Syurga Saya Tetap Di Bawah Tapak Kaki Dia,” – Anna Jobling...

Pelakon, Anna Jobling memanjatkan rasa syukur apabila hubungannya bersama ibu tercinta, Ariz Raop kini sudah kembali pulih.
error: Hello. Cannot.