Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein mendedahkan dia dan suami, Mohamad Azlan Che Nuh tidak mahu terburu-buru atau terlalu meletakkan harapan tinggi dalam soal cahaya mata.
Ini kerana, pelakon Kampung People ini mengakui percaya akan perancangan Allah yang sudah tertulis untuknya sekeluarga.
Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi bagaimanapun akan berkongsi berita gembira kepada semua andai dikurniakan rezeki untuk hamil lagi selepas ini.
“Saya ikut kata orang tua… kalau baru atau belum apa-apa, tak perlu kongsi lagi. Insya-Allah kalau sampai masa, ada berita gembira sudah tentu saya akan kongsi dengan semua orang.
“Sebenarnya kalau kita terlalu mengharap, mungkin susah nak dapat. Jadi, kita santai saja sebab Allah akan susun baik untuk kita nanti.
“Yang penting, jangan terlalu fikir sebab kalau fikir akan tertekan,” jelas bintang berusia 39 tahun itu.
Pada masa sama, Elly memilih untuk tidak terlalu memikirkan soal tersebut dan berserah pada Yang Maha Kuasa.
“Kita ikut apa yang Allah dah susun sebab Allah sebaik-baik perancang. Tak apa, kita berserah kepada Allah, berusaha dan jalani kehidupan macam biasa serta jangan stress.
“Insya-Allah akan ada. Cuma cepat atau lambat,” katanya lagi.
Terdahulu, Elly ditemui ketika sidang media selepas konsert tribute #SandraDalamKenangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam, Ahad.
Elly mendirikan rumah tangga dengan Azlan yang juga merupakan seorang guru pada 18 Januari lalu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Penyanyi Merry Go Round ini turut mempunyai seorang anak perempuan bernama Putri Sara Sefhia yang kini berusia empat tahun hasil daripada perkahwinan pertamanya dengan pengarah drama, Azmi Hatta.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi akaun Twitter, penyanyi terkenal, Shila Amzah ada berkongsi tips untuk merasai kebahagian dalam kehidupan.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Patah Seribu ini menasihati kepada netizen untuk sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Yang Maha Kuasa.
Selain itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini menyarankan netizen untuk menghindari sifat cemburu dengan kejayaan yang dimiliki oleh orang lain.
“Ajarlah hati untuk jangan cemburu dengan kehidupan atau kejayaan orang lain .
“Ambil lah ia sebagai inspirasi untuk kita berjaya di tahap kita sendiri..
Setelah kita berusaha dan bertawakal..
Rezeki tak pernah salah Alamat.
“Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain , Sebab kadang2 Tuhan beri apa yang kita perlu..bukan apa yang kita mahu..
Yang terbaik untuk kita.
“Makan “ lah yang ada dalam pinggan kita, jangan sibuk tengok pinggan orang lain punya lebih atau kurang..You will be happier, Trust me,” tulisnya.
Ajarlah hati untuk jangan cemburu dengan kehidupan atau kejayaan orang lain .
Pelakon, Norman Hakim telah menghadiahkan satu jambangan duit kepada isterinya, Memey Suhaiza bersempena dengan ulang tahun perkahwinan yang ke-9.
Bukan itu sahaja, Norman turut berkongsi momen ketika sambutan ulang perkahwinan tersebut yang diraikan bersama di Menara Kuala Lumpur, pada malam Khamis.
“Us celebrating our 9th AnniversaryMakan2 borak2 sampai tak tau pukul berapa,sedar2 tengok keliling orang dah takde & @atmosphere360official dah kemas2 nak tutup.
“Alhamdulillah ada orang tu happy sangat dapat flower a.k.a ‘money’ bouquet mcm tu.
“Senang kita orang lelaki takyah pening fikir nak beli hadiah apa, kita kasi mcm ni pandai2 nanti isteri nak beli hadiah apa yang betul2 dia nak,” tulis Norman.
Dalam pada itu, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan rumah tangganya.
“Apapun terima kasih untuk semua ucapan & doa. Segala yang baik2 datang dariNya. Semoga segala kebaikan melalui doa2 itu kembali semula kepada yang mendoakan. Aamiin Ya Rabb,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, Memey mendirikan rumah tangga bersama pelakon Norman Hakim pada 2011 dan dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, 7, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 5 dan seorang anak perempuan, Mikayla Delisha, 2 tahun.
Foto: Instagram Norman Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.