Selepas hampir lima tahun bergelumang dalam dunia seni suara, Aisha Retno akhirnya tampil dengan album studio pertamanya berjudul Rehab, yang menggambarkan perjalanan penuh jatuh bangun sebagai seorang penyanyi profesional.

Kata Aisha dia hiatus (berehat) seketika daripada industri seni selama enam bulan untuk mengumpul material-material album.

6 Bulan Rehat, Aisha Retno Lancar ‘Rehab’, Ada Fasa – “Ramai Tanya Apa Genre Muzik Saya Sebenar? Adakah EDM, Balada Atau…”

“Sebelum ini, ramai yang bertanya bila saya nak buat album? Jadi, saya banyak luangkan masa bersama produser yang juga adik saya untuk menyiapkan album yang diberi nama ‘Rehab’,” katanya.

Aisha menambah, judul album ini membawa maksud peribadi yang mendalam, berkait langsung dengan proses rehabilitasi dirinya dalam dunia hiburan.

Lima Genre, Satu Jiwa

Album Rehab menawarkan variasi genre sebagai bukti versatiliti Aisha dalam berkarya.

6 Bulan Rehat, Aisha Retno Lancar ‘Rehab’, Ada Fasa – “Ramai Tanya Apa Genre Muzik Saya Sebenar? Adakah EDM, Balada Atau…” 6 Bulan Rehat, Aisha Retno Lancar ‘Rehab’, Ada Fasa – “Ramai Tanya Apa Genre Muzik Saya Sebenar? Adakah EDM, Balada Atau…”

“Ramai yang bertanya apakah genre muzik saya yang sebenar? Adakah EDM, balada atau R&B?

“Jadi, saya serahkan sepenuhnya kepada peminat untuk tentukan sendiri. Dalam album ini, ada lebih lima genre yang berbeza,” katanya lagi.

Apa yang menarik, album ini juga dilancarkan secara berfasa untuk memberi ruang kepada peminat memahami setiap karya dengan lebih mendalam.

6 Bulan Rehat, Aisha Retno Lancar ‘Rehab’, Ada Fasa – “Ramai Tanya Apa Genre Muzik Saya Sebenar? Adakah EDM, Balada Atau…”

“Untuk permulaan ini, saya melancar lima buah lagu dahulu. Saya buat secara berfasa.

“Saya nak para peminat ‘khatam’ dahulu setiap fasa-fasa ini. Menjelang September nanti, kesemua 12 lagu bakal lengkap dilancarkan,” katanya.

Cinta, Srikandi & Jeda

Dalam pada itu, antara lagu yang mendapat sorotan ialah Jeda, diinspirasikan daripada pengalaman cinta Aisha sendiri.

6 Bulan Rehat, Aisha Retno Lancar ‘Rehab’, Ada Fasa – “Ramai Tanya Apa Genre Muzik Saya Sebenar? Adakah EDM, Balada Atau…”

“Saya tulis lagu ini berdasarkan pengalaman hidup saya sendiri memandangkan saya pun sedang berhenti seketika untuk bercinta dan menumpukan lebih fokus terhadap kerjaya.

“Dalam lagu ini, anda boleh dengar ada kisah srikandi dan arjuna, itulah yang saya gunakan sebagai metafora berkaitan mesej yang saya ingin sampaikan.

“Srikandi itu tidak mahu mudah tertipu dengan kata-kata manis sang arjuna.

“Soal pasangan hidup, saya serahkan saja pada Tuhan, Insya-Allah apabila tiba waktunya maka ada lah orang yang sesuai,” katanya.

Album Rehab kini boleh didengar di semua platform penstriman manakala muzik video Jeda telah mula ditayangkan di YouTube rasmi Aisha Retno.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads