Categories: Uncategorized

5 Vokalis Band 90-an Yang Pernah Digilai!

Share

Bagi yang menjalani fasa zaman remaja sekitar tahun 90-an lalu, pasti halwa telinga disajikan dengan lagu-lagu dari kumpulan muzik lelaki popular.

Jangan tak tahu, waktu itu band ini sangat menjadi kegilaan anak muda lebih-lebih lagi gadis kerana setiap band lazimnya mempunyai vokalis yang kacak bergaya. Memang tangkap cintan habislah!

Bila nama Kristal kini hangat diperkatakan, jom ‘usha’ lima vokalis kumpulan muzik remaja yang digilai ramai pada tahun 90-an lalu.

 

1. Lan (Kristal)

Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan merupakan vokalis kumpulan Kristal sejak mula kumpulan ini ditubuhkan. Pada tahun 2000 Kristal mula muncul dengan album pertama bertajuk ‘Semut & Lebah’ dan album ini berjaya mendapat tempat di hati peminat menerusi lagu Seragam Hitam dan Ku Membisu.

 

2. Tomok (New Boyz)

Sebut sahaja kumpulan New Boyz pasti ramai gadis yang menjerit kerana terlalu meminati kumpulan ini suatu ketika dahulu. Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan merupakan vokalis bagi kumpulan ini. Pada tahun 1999 New Boyz mula bertapak di dalam industri muzik dan lagu Sejarah Mungkin Berulang merupakan salah satu lagu hits kumpulan ini.

 

3. Fairuz (Q-Face)

Mungkin ada yang tidak pernah mendengar tentang kumpulan ini tapi jangan terkejut kalau MH katakan kumpulan ini merupakan salah satu kumpulan yang digilai ramai kerana memilik vokalis yang kacak iaitu Fairuz. Kumpulan ini terkenal dengan lagu berjudul Izinkanlah.

 

4. Naqiu (Boboy)

Sebut sahaja nama Naqui pasti ramai gadis yang tak senang duduk kerana terlalu meminati dirinya. Naqiu merupakan vokalis bagi kumpulan Boboy yang popular dengan lagu Episod Cinta. Kemunculan kumpulan ini adalah sekitar penghujung era 90-an.

 

5. Achik (Spin)

Allahyarham Achik merupakan vokalis bagi kumpulan Spin yang sangat popular sekitar era 90-an dan sangat diminati dan digilai ramai. Kumpulan ini mula bertapak dalam industri seni pada tahun 1998. Pada tahun 2010 kita semua dikejutkan dengan berita kematian Achik yang terlibat dalam kemalangan.

IKLAN