Pengarah dan pelakon yang kink bergiat aktif dan politik, Dira Abu Zahar meluahkan kerinduan pada bapanya, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin bersempena dengan ulang tahun pemergiannya, hari ini.

Dira memuat naik satu entri khas di laman Instagramnya.

“Utusan ke langit, 5 tahun ayah dah pergi. 5 tahun rindu tanpa henti. 5 tahun ayah di makam pahlawan. 5 tahun ayah tetap menawan. 5 tahun ayah di atas menanti. 5 tahun kami berdoa untuk bertemu lagi. 5 tahun lepas ayah ada lagi. 5 tahun lagi InsyALLAH Umno kembali.

“Jujur ayah, Adakala Ira penat untuk teruskan. Adakala menangis sendirian menahan tohmahan. Adakala tak mampu utk bertahan. Sebab ayah jauh…

“Tapi mak marah, Mak mahu ira teruskan. Demi setiap yang ayah perjuangkan. Atas nama bangsa agama dan tanah air. Mak buat ayah rasa amat dekat sekali. Mak bawak semangat suami tercinta sampai ke saat ini.

“Mak jaga kami sama macam jaga ayah. Terima kasih kerana didik kami jadi sekuat- kuatnya. Terima kasih kerana masih menemani kami dalam doa.

“Ayah kami, bukan sebarang pendekar. Bukan sebarang panglima. Tapi dia pahlawan kami. Alfatihah. Dalam kenangan. Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar. (12 julai 2013- 12 julai 2018),” tulisnya 

UTUSAN KE LANGIT . 5 tahun ayah dah pergi. 5 tahun rindu tanpa henti. . 5 tahun ayah di makam pahlawan. 5 tahun ayah tetap menawan. . 5 tahun ayah di atas menanti. 5 tahun kami berdoa utk bertemu lg. . 5 tahun lepas ayah ada lagi. 5 tahun lagi insyallah UMNO kembali. . Jujur ayah, . Adakala Ira penat utk teruskan. Adakala menangis sendirian menahan tohmahan. Adakala tak mampu utk bertahan. . Sebab ayah jauh…. . Tapi mak marah. Mak mahu ira teruskan. Demi setiap yang ayah perjuangkan. Atas nama bangsa agama dan tanahair. . Mak buat ayah rasa amat dekat sekali. Mak bawak semangat suami tercinta sampai ke saat ini. Mak jaga kami sama macam jaga ayah. . Terima kasih kerana didik kami jadi sekuat- kuatnya. Terima kasih kerana masih menemani kami dalam doa. . Ayah kami, Bukan sebarang pendekar. Bukan sebarang panglima. Tapi dia pahlawan kami. . Alfatihah . . Dalam kenangan. . Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar. 12 julai 2013- 12 julai 2018. . #rinduayah. #suratbuatayah. #utusankelangit.

A post shared by Dira Abu Zahar (@diraabuzahar) on

IKLAN

ALLAHU, sebak MH baca perkongsian Dira itu. Kehilangan orang tersayang memang amat perit untuk dihadapi.

“5 Tahun Ayah Dah Pergi,” – Dira Abu Zahar Luah Kerinduan Pada Arwah Bapa

IKLAN

Bapa Dira yang juga merupakan Bekas Ketua Meneri Melaka meninggal dunia akibat kencing manis dan komplikasi buah pinggang.

IKLAN

Beliau meninggalkan seorang balu, Datin Seri Halijah Mohd Jadi dan enam orang anak; antaranya, pelakon dan pengarah pengacara, Khadira atau lebih dikenali sebagai Dira.

Foto: Instagram Dira Abu Zahar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI