Hujung minggu ni nak buat apa ya? Kalau tengok wayang, filem apa best sekarang? Macam mana kalau tak best, nanti membazir duit sahaja.

Berikut merupakan persoalan yang akan sering bermain di fikiran bila melihat senarai filem di pawagam.

MH faham, kadang-kadang bila tengok trailer macam best je, tapi bila dah tengok terus kecewa sebab jalan cerita yang tak mencapai piawaian.

Semalam MH berkesempatan menyaksikan tayangan filem The Commuter, diarahkan oleh Jaume Collect-Sera serta dilakonkan oleh Liam Neeson.

5 Sebab Kenapa Korang Kena Tonton Filem The Commuter

Di sini MH listkan 5 sebab kenapa korang kena tonton filem ini.

1. Sebab Liam Neeson lah!

Nama Liam sendiri sudah besar dalam industri filem Hollywood, siapa boleh lupa lakonan mantap beliau dalam filem Taken kan?

Kalau korang semua nak tahu, style filem ini juga sama macam filem-filem yang sering dibawakan Liam sebelum ini.

IKLAN

2. Papar kehidupan masyarakat masa kini

Scene first sekali dah papar kehidupan masyarakat sekarang naik komuter pergi kerja,memang MH boleh relate lah. Yalah, kemudian watak utamanya bernama Michael kena buang kerja. Dia ni dulu kerja sebagai bekas polis kemudian jadi ejen insurans pulak.

Sewaktu umur 60 tahun dengan hutang keliling pinggang, tak cukup itu, masa yang sama anak nak sambung belajar ke kolej. Ya Tuhan, stressnya!

Situasi ni memang menunjukkan realiti kehidupan sebenar masyarakat lah, bak kata orang the struggle is real.

5 Sebab Kenapa Korang Kena Tonton Filem The Commuter

IKLAN

3. ‘Are you a good guy or a bad guy’

Bila dah terdesak, orang akan sanggup buat apa je kan? Bila keadaan dah macam tu, Michael tak tahu nak buat apa, jadi bila ada wanita datang offer wang tunai $100,000,000 dolar, rugilah kalau dia tak ambil kan?

Little that he know, duit tu ada akibatnya. Mana ada orang nak bagi duit free kan? Dia kena cari orang yang tak sepatutnya berada dalam tren tersebut yang akan turun di stesen terakhir kemudian letakkan GPS di beg penumpang.

Mula-mula dia tak tahu kenapa tapi kemudian dapat tahu orang itu akan dibunuh. Tapi kalau dia tak buat apa yang disuruh, ahli keluarga dia pula dalam bahaya.Haa.. masa kat sinilah konflik berlaku. ‘Are you a good guy or a bad guy?”

Kalau korang di tempat Michael, apalah korang buat agaknya?

IKLAN

4.When life knock you down, just get back up

Apa yang MH kagum dengan Michael ni, walaupun dia diasak dengan masalah demi masalah, dia masih lagi boleh berfikir dengan waras dan tidak gelabah. Mula-mula dia call bestfriend kat polis minta tolong.

Kemudian dia check dulu betul ke famili dalam bahaya dan bila dia dah jumpa orang yang nak dibunuh tu pun, dia berpegang teguh untuk tak mahu terlibat membunuh budak tu.

5 Sebab Kenapa Korang Kena Tonton Filem The Commuter

5. Buat penonton rasa nak tengok sampai habis

Ada satu masa tu, memang Michael dah tersepit sangat, buntu nak buat apa… tak tahu nak percaya kat siapa, sampaikan penonton sendiri pun tertanya apa lagi choice yang ada.

Tapi, plot itu lah yang membuatkan penonton melekat kat kerusi nak tengok sampai habis cerita ni. Apa yang boleh MH katakan, memang bestlah cerita ni…

Dia punya suspen tu terasa. Jadi kalau korang sukakan genre filem macam ni, MH memang syorkan kat korang untuk tonton filem The Commuter. Confirm enjoy punya!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI