Selebriti versatil yang juga anggota 4U2C, Datuk AC Mizal meluahkan rasa penghargaan terhadap tindakan komposer, Ajai yang tampil memohon maaf kepada kumpulan itu susulan kenyataan berhubung isu hak cipta lagu yang sebelum ini mencetus kekeliruan, sebelum ini.
Menurut AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, dia dan semua anggota 4U2C tidak lagi menyimpan sebarang perasaan dan kini pihaknya hanya mahu memberi tumpuan penuh terhadap persiapan konsert WE 4U2C Live in Concert yang dijadual berlangsung pada 15 September depan.
“Saya hanya minta Ajai mohon maaf kepada 4U2C bukan kepada saya. Masalahnya di sini, apa yang diperkatakan oleh Ajai itu menjadikan orang ramai tidak tahu tentang situasi sebenar.
“Apapun, terima kasih banyak kepada Ajai kerana sudah memohon maaf. Kita pun tak simpan sebarang perasaan. Kita cuma nak orang luar tahu tentang keadaan sebenar.
“Disebabkan kenyataan itu, ramai yang mendoakan perkara yang tidak baik kepada kami dan timbul pelbagai fitnah,” katanya kepada MH.
AC berkata demikian ketika ditemui di Majlis Doa Selamat 4U2C yang di Masjid Bukit Indah, Ampang pada Jumaat.
Hubungan Baik Masih Terjalin
Pada masa sama, AC turut menegaskan hubungan antara 4U2C dan Ajai sememangnya sudah lama terjalin, memandangkan mereka pernah berada di bawah satu syarikat rakaman yang sama.
Ads
“Dahulunya, 4U2C dan Exists duduk di bawah satu syarikat label yang sama. Kenapa saya baik dengan Ajai? Kerana Ajai ialah pencipta untuk dua buah lagu 4U2C iaitu Kembalilah Fiona dan Dusta.
“Secara tidak langsung Ajai juga ada terlibat di dalam konsert ini,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada mereka ada berhubung selepas isu berkenaan timbul, AC menjelaskan, tumpuan kini sepenuhnya diberikan terhadap latihan konsert.
Ads
“Kami masih belum berjumpa lagi kerana sibuk dengan persiapan konsert. Ajai juga pasti sibuk dengan Exists.
“Sejujurkan kami 4U2C memang tiada masa untuk keluar kerana sibuk berlatih.
“Dari segi peribadi, saya memang tiada masalah. Apa yang saya perkatakan sebelum ini hanyalah untuk pihak 4U2C.
Ads
“Bila kenyataan itu telah diperbetulkan, syukur alhamdulillah. Tiada terasa hati lagi. Mungkin selepas ini 4U2C dan Exists boleh bergabung,” katanya.
Mengulas tentang penganjuran majlis doa selamat, AC menjelaskan ia diadakan bagi memohon keberkatan dan kelancaran menjelang konsert besar mereka nanti.
“Konsert ini bukan hanya melibatkan kami bertujuh tapi ramai lagi kru-kru yang lain. Kami berharap agar tiada sebarang gangguan dan kecelakaan yang bakal berlaku.
“Hari ini, saya rasa sungguh bertuah. Selepas berpecah pada 1996 dan kembali semula bergabung selepas 30 tahun, ini menjadi titik bersejarah.
“Buat pertama kalinya, kami pergi ke masjid bersama-sama. Ini menunjukkan konsert yang bakal berlangsung ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Penyanyi Kaka Azraff mengakui dia sendiri tidak percaya hari ini, dirinya sudah pun memegang status sebagai isteri orang.
Malah katanya, momen perkenalan dan keputusan singkat yang dilakukan memberi makna besar di dalam hidup, apatah lagi apabila mengenangkan usia yang kian ‘mencemburui kita’.
Bagaimanapun katanya kepada MH, dia bersyukur kerana sepanjang majlis ijab kabulnya semua berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
“Saya rasa bersyukur, malah masih tak percaya yang diri ini sudah melangkah ke alam perkahwinan. Ia berlaku dalam masa yang begitu singkat. Tetap alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, terima kasih kepada semua yang terlibat,” jelas Kaka.
Terdahulu, permaisuri hati kepada usahawan, Adam Azriff ini ditemui media sejurus majlis resepsinya yang dilangsungkan di The Property W&S di Sungai Buloh, Selangor pada Sabtu.
Mengulas lanjut mengenai perkenalan singkatnya lagi, Kaka tidak menafikan dia mengenali suaminya itu sudah lama, tetapi mulai rapat sejak setahun lalu.
“Dia lamar saya pada awal Oktober. Kami rapat sejak setahun lalu tetapi boleh dikatakan lebih kurang tiga minggu saja kami mulai intim,” akui Kaka yang lebih gemar menyifatkan perubahan status secara drastik itu adalah kerana hatinya memang telah terbuka untuk mendirikan rumah tangga.
“Saya taklah rasa ia dilakukan secara tergesa-gesa. Cumanya memang tidak sangka hati ini sudah terbuka untuk berkahwin.
“Kiranya mungkin doa saya jugalah sebab kalau jumpa orang yang serasi, saya memang nak terus kahwin. Tak nak buang masa sebab ‘usia mencemburui kita’. Jumpa yang betul, terus kahwin,” seloroh Kaka yang kini berusia 29 tahun sementara suaminya pula 24 tahun.
Ditanya mengenai majlis nikah yang dilakukan secara tertutup baru-baru ini, Kaka yang kini hadir dengan single baru berjudul Sibuk menjelaskan ia dilakukan sebagai menghormati keluarga kedua belah pihak.
Baru-baru ini tular di media sosial tentang seorang murid sekolah rendah tahun 5 telah memberikan surat cinta kepada gurunya.
Agak lucu bila membacakan isi di dalam surat tersebut yang menyatakan perasaannya terhadap cikgu tersebut.
Murid tahun 5 itu mengatakan bahawa dia cemburu apabila melihat gurunya itu senyum kepada kawannya dan turut menyatakan dia sudah menerima cinta gurunya itu selepas guru itu memberikan senyum kepadanya minggu lalu.
Pelajar itu juga turut meminta agar gurunya tidak mainkan cintanya itu dan di akhir surat itu dia juga turut mengatakan bahawa dia tidak hadir ke sekolah kerana sakit hati.
Jom kita lihat surat yang dihantarkan kepada gurunya itu.
Menerusi perkongsian gambar surat ini di Facebook, rata-rata netizen telah meninggalkan komen mereka tentang surat pelajar ini.
Sesungguhnya tindakan yang dilakukan oleh pelajar ini boleh dikatakan sebagai berani namun perkara sebegini perlu dipandang berat oleh pihak sekolah dan ibu bapa untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Sumber: Facebook Viral D Viral
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Instafamous, Atierah Zulfatie atau lebih dikenali sebagai Beby Tora telah membuat kejutan buat suaminya, Apit Johari bersempena ulang tahun kelahirannya semalam.
Momen indah itu dikongsikan Beby Tora menerusi Instagramnya.
“I love u so much husband ! Harap awak suka dngn surprise ni ..kita tak sweet mcm orang lain tapi saya cuba
“Moga awak pnjang umur dan jadi suami yang soleh 💕syang syurga saya ni,” tulisnya.
Berlatarbelakangkan tema lagu Perfect yang diiringi biola, nyanyian Ed Sheren, Beby Tora memakai maskot beruang (teddy bear) dan membawa sebiji kek, lalu diberikan kepada suaminya itu.
Beby Tora kemudiannya membuka maskot tersebut , lalu Apit terkejut dengan kejutan yang diberikan isterinya itu.
Menerusi ruangan komen, netizen turut gembira melihat kemesraan pasangan ini.
Untuk rekod, pasangan ini diijabkabulkan pada 1 Mac lalu.
Pelakon, Fattah Amin mendedahkan ibunya, Azizah Abdul Ghani, agak terkesan susulan dakwaan yang kononnya dia mempunyai hubungan dingin dengan cucu, Nur Fatima Aisha.