Pelayar Twitter, Jason Yanowitz melayangkan status menyenaraikan peringkat demi peringkat apa yang berlaku akibat jangkitan COVID-19 di Itali.
Dia menggesa masyarakat dunia untuk mengambil serius kerana apa yang berlaku lebih teruk daripada jangkaan.
Posting ini turut mendapat perhatian dunia dengan diretweet kembali hampir 200,000 pelayar lain yang turut gusar akan pandemik yang berlaku.
Sesetengah melihat wabak ini sekadar wabak biasa yang datang, namun perkongsian Yanowitz membuka mata dan mengubah perspektif bagaimana seharusnya wabak ini ditangani daripada awal.
Jelasnya terdapat enam peringkat yang dialami Itali sebelum COVID-19 mengganas sehingga membunuh 2503 mangsa sehingga 18 Mac 2020, hampir menyamai jumlah kematian di China.
Secara ringkas bebenang ini menceritakan bagaimana rakyat Itali mengambil ringan akan wabak yang melanda. Rata-rata masih meluangkan masa di kafe, restoran dan bar dan mengambil bersikap tidak endah.
Jelasnya, situasi di Itali sangat kritikal sehingga rakyat terpaksa dikuarantin, namun melihat negara lain bersikap sambil lewa seolah-olah mereka tidak terlibat, cukup membimbangkan, kerana, dahulunya, mereka juga begitu.
Peringkat pertama, kes pertama muncul di Itali, namun masyarakat tidak ambil peduli kerana ia cuma selesema yang teruk. Dan pasti, wabak ini tidak akan menjangkiti mereka.
Peringkat kedua, bilangan semakin meningkat. Kerajaan mengumumkan ‘red zone’ dan kuarantin bagi negeri yang terlibat.
Namun rakyat tidak panik dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Mereka merasakan media hanya menimbulkan panik.
Ads
Peringkat ketiga, bilangan semakin meningkat mendadak dan semakin banyak kematian berlaku. Kerajaan isytihar ‘red zone’ bagi 4 negeri.
Sekolah dan universiti ditutup namun premis lain masih beroperasi seperti biasa. Pekerja masih perlu ke pejabat.
Lebih 10,000 individu daripada ‘red zone’ meninggalkan kawasan kuarantin dan pulang ke kampung bagi mengelakkan sekatan. Hampir 75 peratus rakyat Itali masih meneruskan rutin seperti biasa.
Mereka tidak sedar betapa serius situasi yang melanda. Amalan membersihkan tangan dan hadkan pergerakan tidak dipedulikan.
Peringkat keempat, kes meningkat dengan lebih pantas. Ia menjadi kes kecemasan negara. Hospital sudah melebihi kapasiti dan seluruh unit dikosongkan untuk merawat pesakit COVID-19.
Bilangan doktor dan jururawat tidak mencukupi sehingga doktor pesara dipanggil kembali berkhidmat dan pelajar perubatan diminta bertugas. Tiada lagi shif bekerja, pasukan perubatan bekerja selama yang mungkin.
Ads
Terlalu ramai pesakit kronik namun tiada tempat yang mencukupi di Unit Rawatan Rapi. Hospital bagai medan perang, doktor harus memilih pesakit yang mempunyai peluang untuk hidup untuk dirawat.
Ini bermakna warga tua dan pesakit kritikal lain tidak mendapat rawatan kerana pesakit COVID-19 menjadi keutamaan. Semakin ramai yang mati kerana tiada tempat di hospital.
Doktor meluahkan terpaksa membiarkan tiga pesakit mati. Warga hospital menangis kerana tidak mampu melakukan apa-apa.
Peringkat kelima, ingat lagi 10,000 yang lari daripada kawasan merah? Ia menyebabkan seluruh negara dikuarantin pada 9 Mac agar virus tidak merebak.
Namun semua premis boleh beroperasi seperti biasa kerana bimbang ekonomi jatuh merudum. Mereka bagaimanapun masih keluar dan berkumpul seperti biasa.
Ads
Peringkat keenam, dua hari kemudian, kerajaan mengarahkan hampir seluruh premis ditutup kecuali pasaraya dan farmasi. Individu hanya boleh keluar jika mempunyai pengesahan.
Pihak polis akan membuat rondaan dan sesiapa yang keluar tanpa sebab kukuh akan didenda €206 bersamaan hampir RM1000 dan jika didapati positif COVID-19, akan dipenjarakan 1 sehingga 12 tahun atas kesalahan membunuh.
Jelasnya lagi, semua berlaku hanya dalam dua minggu. Dia turut mengingatkan seluruh masyarakat dunia agar berjaga-jaga akan wabak tersebut. Bukan sahaja virus yang harus ditakuti, namun kesan yang dibawa kepada seluruh kehidupan.
Malah jelasnya, kerajaan Itali mengambil langkah melindungi rakyat dengan menangguhkan pembayaran balik pinjaman kepada pihak bank.
Sehingga kini, kes COVID-19 mencatatkan 198,412 kes seluruh dunia dengan 7,984 bilangan kematian, meningkat hampir 2000 dalam masa hanya dua hari.
Lalu pada 18 Mac, sebanyak 345 kematian dicatatkan di Itali.
Sumber : Twitter Jason Yanowitz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Luqman Hafidz selamat melangsungkan pernikahan bersama wanita pilihannya, Nurul Atikah.
Perkara tersebut dikongsikan bintang filem Ola Bola itu di Instagram miliknya.
“Assalamualaikum, saya baru sahaja menamatkan zaman bujang saya bersama pasangan saya Nurul Atiqah.
“Majlis persendirian ini di hadiri wakil keluarga pihak lelaki dan pihak perempuan, selaras dengan peraturan yg ditetapkan oleh kerajaan dalam usaha mencegah covid19.
“Alhamdulillah semuanya sudah selesai. In sya Allah majlis sanding akan di lakukan sesudah selesainya kemelut covid19.
“Terima kasih yg mendoakan, dan semoga anda semua sentiasa berada dalam lindunganNya. Amin,” tulisnya.
Filem ESCAPE yang sepatutnya bakal ditayangkan di pawagam pada 26 Mac depan ditunda ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Perkara itu dimaklumkan pengarah filem berkenaan, Ikhwansha Hazer selepas pihak produksi Dreamland Productions Sdn Bhd dan DMY Creation mendapati situasi penularan virus Covid-19 yang sedang seluruh dunia memberi kesan kepada masyarakat secara keseluruhan.
“Setelah diteliti, dikaji dan mendengar pandangan dan nasihat daripada beberapa pihak, maka pihak produksi mengambil keputusan untuk menundakan tarikh tayangan filem ESCAPE ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
“Pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang banyak menyokong dan membantu untuk mempromosikan filem ESCAPE ini,” katanya.
Ikhwansha turut menjelaskan, berdasarkan laporan yang diterima daripada beberapa pihak pemamer tempatan, mendapati berlaku penurunan ketara hampir 50 peratus jumlah penonton ke pawagam tempatan sejak virus Covid-19 mulai tular awal tahun ini.
“Situasi ini sekali gus memberi kesan kepada sambutan terhadap filem tempatan dan antarabangsa.
“Pihak produksi berharap penularan virus Covid-19 yang sedang mengancam Malaysia ketika ini akan segera beransur pulih,” terangnya lagi.
Filem ESCAPE adalah filem ‘Cerebral Thriller’ yang menampilkan barisan pelakon popular tempatan.
Antaranya Kamal Adli, Elizabeth Tan, Amar Asyraf, Jue Aziz, Riz Amin, Zamarul Hisham, Pablo Amirul, Fiza Fukazawa, Dato’ Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Masa untuk social media distancing jugak untuk aku.
“Too much stupidity. Too many insults. Hatred everywhere.
“Till then, stay healthy and stay safe, tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan pelakon KL Gangster Underworld ini di laman Twitter miliknya.
Di ruangan komen pula, rata-rata netizen menghormati keputusan Beto itu selain turut berharap agar pelakon tersebut akan kembali aktif satu hari nanti.
Sumber: Twitter Beto Kusyairy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.