Kira-kira 30,000 peminat di media sosial menunjukkan sokongan penuh kepada penyanyi, Aina Abdul untuk muncul sebagai pemenang utama di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), esok.
Undian tersebut dibuat menerusi versi media sosial dari 6 hingga 11 Feb lalu di Instagram Story Instagram @tv3malaysia.
Tinjauan tidak rasmi yang dilakukan di platform media sosial Instagram TV3 menunjukkan gelombang sokongan luar biasa terhadap penyanyi berbakat ini.
Ads
Antara Calon Paling Layak
Malah ramai yang turut menyifatkan Aina sebagai antara calon layak untuk membawa pulang trofi AJL39 berdasarkan keunikan vokalnya, persembahan bertenaga, serta kekuatan lagu yang dipertandingkan, Puas Sudah.
Ads
Bagaimanapun, pemenang AJL39 tetap bergantung kepada sistem pemarkahan juri profesional yang menilai aspek teknikal dan artistik sesebuah persembahan.
Bagaimanapun, trend undian dan sokongan di media sosial sering menjadi indikator kepada populariti dan penerimaan sesebuah lagu dalam kalangan peminat.
Ads
Jangan lupa untuk sama-sama menantikan debaran malam kemuncak AJL39, esok bermula jam 9.00 malam di TV3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon Zazleen Zulkifli, mencipta kejutan apabila berjaya melangkah ke peringkat akhir program realiti popular, One In A Million (OIAM).
Tidak jangka akan sukses meneruskan saingan hingga ke malam kemuncak Ahad depan, Zazleen teruja meski tidak menafikan kejayaan itu hadir meski segelintir pihak berpendapat dia seharusnya tersingkir lebih awal.
Zazleen bagaimanapun bersyukur kerana percaya ia adalah rezeki dariNya.
“Banyak betul orang yang mendoakan agar saya tersingkir. Mereka mengharapkan Cinderella yang bersuara lemak dan merdu, tapi mungkin saya ini sebaliknya.
“Apa pun saya sedar inilah yang dikatakan kuasa Tuhan. Bila saya ‘down’, tak pernah terfikir untuk saya mampu mara ke final.
“Bila selesai buat persembahan dan keputusan diumumkan, saya sudah tanamkan dalam diri agar hanya menyanyi sahaja. kalau ada rezeki, adalah,” katanya.
Zazleen berkata demikian pada sidang media sejurus tamat Konsert Separuh Akhir OIAM di Shah Alam, minggu lalu.
Dalam pada itu, Zazleen turut berdebar untuk menyampaikan single terbaharu berjudul Merah pada malam final nanti.
“Walaupun saya rasa bersyukur dan gembira, tapi pada masa sama rasa gementar juga kerana kami perlu bawakan lagu baharu masing-masing Ahad ini.
“Risau juga takut tak sampai ke hati penonton,” katanya yang turut mengharapkan maklum balas baik pencinta muzik mengenai lagu ciptaan Audi Mok dan Sahzee Ishak itu.
Selain Zazleen, tiga peserta lain yang sama-sama memburu gelaran juara OAIM ialah Jimi, Marygrace dan Kai Deva.
Program realiti nyanyian yang mula mencipta fenomena pada 2006 itu diacarakan oleh hos Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy.
Juara OIAM bakal menerima hadiah wang tunai RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000 dan kontrak rakaman eksklusif di bawah Alternate Records & Talents selama dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dalam usaha mengangkat seni tari Malaysia, Stephy Dance Group (SDG) menjalinkan kerjasama strategik dengan VIBES International Agency (VIBES).
Pengasas SDG, Datuk Stephanie Low berkata menerusi perjanjian itu pelbagai usaha dapat dilakukan termasuk mempromosikan tarian di negara ini ke mata dunia.
Tambahnya lagi, tidak mustahil untuk mencipta fenomena seni tari Malaysia Pop seperti K-Pop jika semua pihak bekerjasama dan membantu mengetengahkan pelbagai tarian yang ada di negara ini.
“Saya percaya seni tari dari pelbagai kaum di negara ini boleh membentuk satu budaya tarian yang menarik dan menjadi ikutan di peringkat antarabangsa.
“Tidak mustahil kerana kita mempunyai pelbagai jenis tarian daripada pelbagai kaum yang mempunyai keunikan masing-masing dan pastinya menarik apabila digabungkan,” katanya ketika ditemui pada majlis TikTok Meet Up Night anjuran VIBES, baru-baru ini.
Low yang yang juga pemilik Centre Stage Dance Studio (CSDS) di Kajang, berpengalaman lebih 30 tahun dalam dunia tarian juga aktif sebagai jurutari profesional termasuk pernah membuat persembahan di China mengenakan kebaya dan menari tarian tradisional Malaysia.
“Saya percaya usaha yang dijalankan bersama VIBES melalui kandungan yang dipaparkan oleh hos TikTok dibawah agensi ini akan membantu serta menjadikan ia realiti,” katanya.
Dia juga berharap lebih banyak rancangan realiti berkenaan tarian diperkenalkan di negara ini bagi menarik minat anak muda.
Katanya, tarian juga satu kemahiran yang boleh menjana pendapatan selain memupuk gaya hidup yang lebih sihat di semua peringkat umur.
Sementara itu, pengasas VIBES, Datuk Seri Eizlan Yusof berkata agensi itu komited dalam memastikan hos TikTok dibawah seliaan mereka menyebarkan kandungan berguna kepada masyarakat.
“Kita sentiasa melatih dan mengingatkan hos kita supaya menampilkan nilai murni dan kandungan yang memberikan impak positif kepada masyarakat.
“Jangan terlalu memikirkan untuk mendapat impak atau tontonan sehingga mengabaikan tatasusila serta memberikan kesan negatif kepada pihak lain seperti yang berlaku baru-baru ini membabitkan hal negara Malaysia dan Indonesia,” katanya.
Tambah Eizlan, hos TikTok juga perlu mengambil selebriti TikTokyang mempu membuat pendapatan dan mengumpul pengikut tanpa menggunakan kandungan sensasi.
Jelasnya lagi, majlis yang diadakan itu sebagai menghargai hos TikTok di bawah VIBES serta menandatangani perjanjian persefahaman dengan SDG.
VIBES turut menandatangani perjanjian persefahaman bersama Synergy Global Agency dan Inspire Agency.
Dalam perkembangan lain, pengarah dan pelakon filem Town Mall itu melancarkan Joe Kurta by Eizlan Yusof sempena sambutan Ramadan dan Syawal selepas lebih 3,000 helai terjual tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak semalam, nama pelakon popular, Mira Filzah menjadi perhatian ramai selepas mempamerkan kualiti lakonan yang mantap menerusi watak Elina dalam episod terbaharu drama, Curang Tanpa Niat.
Paling menyentuh perasaan sudah tentulah ketika watak Elina meraung dan mengalirkan air maat saat anaknya Azriel yang dilakonkan oleh pelakon cilik, Qaiszerr Ehsan meninggal dunia akibat lemas.
Mira dilihat berjaya menggambarkan kesedihan menerusi wajah sugulnya sepanjang episod berlangsung.
Malah, Mira turut memuat naik klip menyentuh jiwa itu di laman Instagram miliknya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kualiti lakonan yang ditunjukkan oleh selain turut menyifatkan babak tersebut telah berjaya menyentuh hati penonton.
“Lakonan Mira Filzah dalam Curang Tanpa Niat memang lain dari lain. Hebat lakonan Mira dan berjaya buat satu Malaysia menangis.
“Cerita ni mungkin sekadar drama tapo
pengajarannya memang sangat jelas. Hargailah keluarga yang dibina dan buang jauh-jauh perkara yang mengundang kemusnahan rumahtangga atas
sebab terlalu ikutkan nafsu. Kudos to #curangtanpaniat team. Cerita lain dari lain dan memang menusuk ke hati. Bengkak mata episod malam ni. Tak sampai tengok Elina menangis sebegitu sekali.
“Terbaik lakonan Mira Filzah. Sampai ke hati.
“Tahniah Mira Filzah. Anda memang layak memang pelakon terbaik tahun ini.
“Jarang cerita Melayu buat aku nangis,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, selain Mira, drama Curang Tanpa Niat ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Shukry Yahaya, Fadhlan Hazim, Evertt Gomez, Kazar Saisi dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...