Mengembalikan nostalgia, penyanyi era 90-an, Krisya akui teruja selepas membuat kemunculan semula di pentas Gempak Most Wanted Awards 2024 (GWMA) menyampaikan lagu tema Kluang Man bersama Sekumpulan Orang Gila (SOG), semalam.
Menurut Krisya atau nama sebenarnya, Krisya Nursabrina Roslan, pihak Astro sebenarnya sudah lama mencuba untuk menghubungi untuk bekerjasama dalam projek filem Keluang Man ini.
“Sebenarnya Astro memang sudah mencari saya berbulan-bulan. Walaupun sudah lama tidak menyanyi, saya merasakan itu satu rezeki.
“Pihak Astro memaklumkan, mereka mahu mengekalkan penyanyi asal untuk lagu Keluang Man yang diberikan nafas baharu ini.
“Disebabkan ini juga, saya bersetuju untuk bekerjasama dengan Astro. Terima kasih Astro kerana masih mempercayakan saya,” katanya kepada MH.
Krisya berkata sedemikian ketika ditemui selepas selesai membuat persembahan di GMWA2024 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Ads
Beza Pentas Dahulu & Sekarang
Pada masa sama, Krisya akui terdapat banyak perbezaan di dalam acara anugerah selepas lebih dua dekat meninggalkan kerjaya seni.
“Banyak perbezaan pentas dahulu dan sekarang. Ada banyak perkara yang baru pertama kali saya cuba malam ini (semalam). Sudah lebih 20 tahun saya menghilang.
“Jadi, banyak perkara baharu yang lebih hebat sekarang,” ujarnya lagi.
Berpindah Ke Bosnia
Ads
Ditanya ke mana dia menghilang selama 20 tahun ini, penyayi lagu Julanglah ini memaklumkan dia dan keluarga sudah berpindah ke Bosnia.
“Saya sebenarnya sudah lama bersara dalam bidang nyanyian. Saya seorang suri rumah sepenuh masa dan sudah hampir tujuh tahan berpindah ke Bosnia.
“Saya sekeluarga memang sudah merancang untuk kembali pulang ke Malaysia. Jadi, segalanya seperti sudah diatur dengan baik. Balik sahaja ke sini, saya dapat tawaran daripada Astro,” katanya lagi.
Menjadi antara penyanyi yang disebut-sebut untuk menyertai program Gegar Vaganza musim ke-12, Krisya memaklumkan dia harus berfikir panjang sebelum membuat keputusan.
Ads
“Kita kena tengok dahulu bagaimana keadaannya nanti. GV ini memerlukan banyak persediaan. Kita ambil langkah satu per satu dahulu.
“Ketika di Bosnia, saya ada mengikuti juga program GV tapi tidak terlalu fokus. Saya pula sibuk dengan kehidupan di sana.
“Namun, bila orang berjumpa dengan saya, mereka juga ada bertanya tak nak masuk GV ke? Jadi, saya tahu serba sedikit bagaimana program ini berjalan,” akhirinya.
Sekadar informasi, filem Keluang Man bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 29 Mei ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menepati jangkaan, penyanyi Liza Aziz diumumkan sebagai juara program realiti Gegar Vaganza musim 11 (GV11) yang bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, malam tadi.
Liza menewaskan lima peserta lain, sekali gus membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.
Pada malam kemuncak itu, Liza menyampaikan tiga buah lagu iaitu I Surrender, Cinta (duet Krisdayanti) dan Angkat menerusi segmen ‘battle’.
“Akhirnya kini pasti kini saya menang. Jutaan terima kasih kepada semua yang tidak henti menyokong.
“Terima kasih juga kepada ahli kelab peminat saya,” katanya sejurus diumumkan sebagai juara.
Sementara itu, Ning Baizura diumumkan sebagai naib johan, membawa pulang hadiah wang tunai RM 50,000 dan trofi.
Tempat ketiga dan keempat disandang oleh Sheila Abdul dan Dadali Dyrga, dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan RM20,000 berserta trofi kemenangan.
Zehra Zambri pula di tempat kelima membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 dan trofi.
Dalam pada itu The Lima terpaksa berpuas hati di kedudukan keenam, membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 termasuk trofi kemenangan masing-masing.
Acara kemuncak GV11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan kemudiannya digantikan oleh Sherry Alhadad menampilkan tiga juri iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon veteren, Roslan Saleh menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 7 pagi tadi di kediamannya di Masjid Tanah, Melaka akibat komplikasi pelbagai penyakit.
Memetik laporan BH Online, khabar mendukacitakan itu telah disahkan sendiri oleh isterinya, Zainun Majid yang memaklumkan arwah meninggal dunia dalam tidur.
“Arwah ada pelbagai penyakit seperti kencing manis dan tekanan darah rendah sejak lima tahun lalu. Arwah sering keluar masuk hospital disebabkan penyakit itu, meninggal dunia dalam tidur.
“Beliau meninggal dalam tidur dan Alhamdulillah, pergi pada Jumaat yang mulia ini,” katanya seperti yang dipetik.
Zainun berkata, jenazah arwah akan disolatkan di Masjid Ar Rahman Kampung Rantau Panjang dan disemadikan selepas solat Jumaat.
“Jenazah akan dibawa ke masjid untuk disolatkan pada jam 12 tengah hari ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rantau Panjang selepas solat Jumaat,” ujarnya.
Allahyarham Roslan meninggalkan seorang balu, tiga cahaya mata dan 10 cucu.
Sebelum ini, media melaporkan kesihatan Roslan yang mesra disapa sebagai Pak Lan merosot akibat menghidap penyakit diabetes kronik, kira-kira lima tahun lalu.
Sepanjang lebih tiga dekad berada dalam dunia seni, Roslan pernah membintangi banyak drama dan filem popular.
Antaranya, Sembilu 2, Gerak Khas The Movie 2, Munafik 2 dan Anak Perjanjian Syaitan, manakala Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda adalah filem terakhir lakonannya.
Roslan pernah berkongsi, dia tidak lagi aktif dalam dunia lakonan selepas mengalami masalah kencing manis kronik dan terlantar di rumah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber: BH Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti popular, Neelofa, mencuri perhatian apabila berkongsi tiga lagu pilihannya untuk mendapat tempat di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang bakal berlangsung malam ini.
Ramalan daripada ibu kepada dua cahaya mata ini sememangnya dinantikan ramai, memandangkan sebelum ini ada pilihannya yang tepat mengenai barisan para pemenang.
Sebaik sahaja ramalan tersebut dikongsi Neelofa, ia pantas mencetuskan perbincangan hangat di media sosial, dengan ratusan ciapan membanjiri platform X.
“My top 3 picks #AJL39. Nadeera, Bukan Lagi Kita. Marsha, Hening Rindu, Hael, Diam,” ciapnya.
Sepuluh lagu mara ke pentas AJL 39 adalah Sengaja (Amir Masdi/Bunga Cantik & Hang Nadim/Bunga Cantim & Hang Nadim); Puas Sudah (Aina Abdul/Aina Abdul) dan Saksama (Akim & The Majistret/Akim & The Majistret & Bunga Cantik).
Turut bersaing, Diam (Hael Husaini/Hael Husaini & Iqie Hugh/Hael Husaini & Iqie Hugh); Hening Rindu (Marsha Milan/Ikhwan Fatanna & Wan Salleh/Ikhwan Fatanna) dan Aura (Ernie Zakri/Ernie Zakri & John Jeeves/Ernie Zakri & John Jeeves).
Tidak ketinggalan, Bukan Lagi Kita (Nadeera Zaini/Hael Husaini & Iqie Hugh/Hael Husaini & Iqie Hugh) dan Pujaanku (Kugiran Masdo & Aisyah Aziz/Ali Sariah/Ali Sariah & Hedimoru).
Menambah cabaran, Risiko (Benzoloo, Ghidd, Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique/Apipapol/Benzoloo, Ghidd, Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique) dan Terus Bersinar (Hafiz Suip/Mas Dewangga, Jova Devito & Datuk Arisz Abdul Rahman/Mas Dewangga & Jova Devito).
AJL 39 akan disiarkan secara langsung di TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil, malam ini jam 9 malam.
Acara tahunan muzik itu menyaksikan gandingan antara pengacara Nazrudin Rahman dan penyanyi Sissy Iman selaku hos utama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.