Selebriti dan pengasas produk, Datin Ira Ghani terharu atas sokongan rakan artis terhadap dirinya meskipun sudah lama tidak kerap muncul dalam bidang seni mahupun perniagaan yang diusahakan.
Malah, Ira juga tidak menyangka apabila mendapat maklum balas positif selepas membuat pemgumuman mengenai penjamaan semula perniagaan kosmetiknya Aura Seri yang kini dikenali sebagai Aura Seri by DIG sempena ulang tahun ke-20 syarikatnya.
“Saya memang tak sangka bila ramai yang sudi rakam video dan berikan ucapan tahniah kepada kami. Alhmadulillah lebih daripada 20 artis yang berikan ucapan kepada kami sempena kemunculan semula 20 tahun Aura Seri by DIG.
“Lebih manis, mereka juga izinkan kami siarkan ucapan itu di media sosial kami sempena kemunculan semula kami secara rasminya pada 15 Februari ini,” katanya.
Tambahnya lagi, Aura Seri by DIG antara syarikat yang menjadi pelopor dalam menjalinkan kerjasama dengan artis dan program hiburan sejak dua dekad lalu.
Ads
Lantaran, ia ialah satu penghargaan buatnya apabila masih mendapat sokongan daripada rakan industri seni.
“Saya bersyukur masih ada yang kenang kami. Ramai yang bersama kami dahulu dan banyak aktiviti yang kami lakukan. Pada yang masih sudi menyokong, saya ucapakan setinggi penghargaan.
“Insya-Allah kami tidak lokek untuk berkongsi rezeki dan menjalankan usaha sama dengan mereka,” katanya.
Antara artis berkenaan termasuklah Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Awie, Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Rosyam Nor, Zizan Razak, Shiha Zikir, Ezad Lazim, Liza Abdullah dan David Teo.
Ira yang pernah berlakon dalam siri Gerak Khas berkata, Aura Seri by DIG mengukuhkan jenama dengan siri produk yang lebih berkualiti dengan slogan ‘Titisan Dari Kayangan’.
Beliau berkata, selain produk baharu keputusan untuk merancakkan lagi Aura Seri by DIG ialah membuka peluang perniagaan kepada semua pihak untuk menjana pendapatan dalam suasana pandemik Covid-19 ini.
Ads
“Pendekatan perniagaan kami sesuai untuk semua peringkat umur dan meneruskan revolusi perniagaan dalam talian sesuai dengan situasi semasa yang berlaku. Produk kami juga sudah ada pengikut sendiri dan menyediakan bimbingan pada mereka yang mahu menyertainya.
“Saya sendiri kini aktif sebagai pembimbing dan perniagaan termasuk bersama MARA dan sering menjalankan kelas. Saya akan gunakan kemahiran saya untuk pastikan usawahan Aura Seri by DIG berjaya dalam bidang ini,” katanya.
Beliau menambah satu program khas pencarian CEO Muda juga akan dilakukan sempena dengan penjenamaan semula 20 tahun Aura Seri by DIG dan terbuka kepada mereka yang layak mengikut kriteria yang ditetapkan.
Ira berkata, semua perinciaan mengenai perkara dan produk Aura Seri by DIG akan dimaklumkan kemudian dengan lebih terperinci.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri awal malam tadi tampil memberikan penjelasan berhubung kunjungannya ke kediaman balu Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali pada Khamis.
Jelasnya menerusi Instagram, dia berbuat demikiam untuk menghulurkan sumbangan kewangan termasuk barangan keperluan lainnya buat kegunaan Hidayah sekeluarga.
“sy tak faham…. sy hanya beri bantuan duit dan peralatan rumah dr @as.legacymalaysia sbb sy lihat dia memerlukan .. dan bertanya khabar.. dan sy disambut baik dr mereka… dan smua soalan sy dah di setujui oleh mereka bkn i suka2 tanya (harap maklum jgn cakap i x jaga sensitviti org).
“Kalau orang nak tengok video lebih panjang lagi korang boleh tengok dekat YouTube tv Telajak laris esok ptg. tak kaya pun buat youtube duit bayar duit minyak kete i jeee lepas, memang i bantu smua org…kalau nak bincng baik2 i ok jerrr… kenapa mcm nak gaduh?
“good nite smua.. sebelum mengutuk tngok dulu live dulu .. sy x salah kan sesiapa.. malah x mengutuk sesiapa pun.. cuba dengar…sy ada 10kali rakaman vedio lagi malah sbblum posting ofcoz persetujuan smua nak bahan smua sy simpan.
“Kami dtg pun berjemput soo pikirkan (aku x kayalah duit youtube dah lama buat bisnes lah ) .. tunggu tindakan saya,” tulisnya panjang lebar.
Sementara itu, adik kepada Allahyarham, Ali Puteh dilihat turut memberikan reaksi terhadap posting yang dibuat Aliff ini.
Tulis Ali;
“Kau sepatut mintak kebenaran keluarga arwah..Bukan memandai boleh mendatangkan fitnah.
“Nak buat amal buat lah..Jangan berlagak kaya seperti semua kau yang punya @aliffsyukriterlajaklaris,” tulis Ali.
Terdahulu, Ali dipercayai membuat tindakan sedemikian selepas tidak dapat menahan rasa sabar sejurus mengetahui video live yang dibuat oleh usahawan kosmetik terbabit ketika berkunjung ke rumah balu arwah abangnya.
Menerusi pertemuan itu, Aliff dan seorang tenaga produksinya dilihat ada bertanya beberapa soalan buat Hidayah.
Sesi live tersebut bagaimanapun memberi reaksi pelbagai di kalangan netizen.
Bintang Korea Selatan, Kang Daniel terpaksa direhatkan daripada dunia hiburan selepas didiagnos mengalami masalah kesihatan kemurungan.
Menerusi laporan The Korea Herald, agensi yang mewakili Kang Daniel, KONNECT memutuskan bahawa kesihatan penyanyi ini harus diutamakan terlebih dahulu berbanding kerjaya nyanyian.
“Mendapatkan rehat yang cukup merupakan keutamaan. Depresi yang dialaminya semakin teruk.
“Kang juga mengalami masalah kesihatan disebabkan sistem imunisasi lemah dan masalah kemurungan dan gangguan panik,” jelas agensi terbabit.
Malah, mereka turut membatalkan kesemua aktiviti seninya sehingga masa yang ditetapkan.
Bekas anggota Wanna One ini turut dikejarkan ke hospital bagi rawatan susulan.
Sekadar imbasan, Kang memulakan kerjaya pada 2017 bersama Wanna One sebelum bergelar artis solo pada tahun ini.
Konflik kontrak bersama bekas agensi LM Entertainment pada awal tahun ini menyebabkan dia berada dalam tekanan hebat, selain hal lain.
Malah skandal undian menerusi The Show yang menyaksikan lapan individu terlibat memanipulasi keputusan carta lagu popular baru-baru ini lebih memburukkan keadaan.
Walau bagaimanapun, Kang Daniel disahkan tidak bersalah dan berhak atas kemenangan tersebut.
Sumber : The Korea Herald
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!