14 Februari jatuh pada hari Jumaat Penghu Hari, Altimet menerusi perkongsian di laman Instagram meminta agar dipanjatkan doa buat Allahyarham Leftenan Adnan Saidi.
Leftenan Adnan ditempatkan bersama 42 Anggota Platun 7, Kompeni C, Rejimen Askar Melayu yang gugur dalam pertempuran Bukit Chandu menentang tentera Jepun pada 14 Februari 1942.
“Salute. Gi solat Jumaat nanti, doakan roh mereka dicucuri rahmat, ok? #leftenanadnan #bukitchandu #rejimenaskarmelayu,” tulisnya.
Leftenan Adnan meninggal dunia pada usia 27 tahun ketika pertempuran.
Ads
Keberanian serta semangat patriotik Lt. Adnan Saidi bersama kontinjen 42 orang anggota Askar Melayu yang telah bertempur mati-matian untuk mempertahankan permatang Pasir Panjang merupakan satu episod yang kini kekal dalam lipatan sejarah.
Ads
Al-Fatihah buat mereka yang terkorban demi negara tercinta.
Foto : Instagram Altimet
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seakan memberi bayangan dirinya kini dalam kesedihan, usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri menerusi Instagram meluahkan dia sudah penat untuk menjadi yang terbaik.
Malah jelasnya, cukup pahit apabila tidak dihargai dan akhirnya kesedihan yang mengajarnya erti bahagia.
“Aku dah pernah merasakan semua kepahitan dalam hidup ini… dan penat utk menjadi yg terbaik…. dan yang paling pahit ialah berharap kepada manusia yg tak pernah menghargainya.. dan erti kesakitan dan kesedihan ini mengajarkan aku mencari kebahagiaan,” kongsinya.
Baru-baru ini terdapat satu rakaman video yang telah memaparkan penyanyi Haqiem Rusli di laman media sosial.
Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan penyanyi yang terkenal dengan lagu Lembah Kesepian itu dilihat sedang beramah mesra bersama peminatnya.
Apa yang menarik, bintang remaja itu turut dilihat bermesra bersama seorang peminat cilik perempuan yang dipercayai menangis kegembiraan apabila bertemu dengan penyanyi kesayangannya itu.
“So sweet @haqiemrusli98_ ni layan fans cilik dia. Cerita dia ramai tengah berebut nak bergambar dengan Haqiem, lepastu adik ni nangis sebab takut tak dapat jumpa abang Haqiem dia.
“Yang adik tu pun comel je.#instaSeleb,” tulis kapsyen di Instagram Era.je itu.
Sentiasa tenang dan positif tatkala berdepan dengan dugaan yang melanda, penyanyi dan pelakon Bella Astillah tidak akan sesekali memisahkan hubungan antara anaknya, Mohamad Ayden Adrean dengan bekas suami, Aliff Aziz.
Katanya, setiap kali Ayden bertemu dengan Aliff, pasti akan timbul rasa sebak dalam diri pelakon telefilem Jamil Balik Kampung itu melihat keakraban antara hubungan dua beranak itu.
“Ketika Ayden mahu berpisah dengan Aliff (Malaysia-Singapura) di airport (lapangan terbang) Ayden akan meraung menagis kuat, menjerit-jerit dan tarik tangan ayah dia (Aliff) agar Aliff dan saya sama-sama menuju pulang.
“Malah, Aydeen akan terus menagis sehingga menaiki pesawat.
“Secara tak langsung, saya berasa sebak melihat wajah Aydeen,” kata Bella.
Bintang ini ditemui MH di Pokok Cafe, Kuala Lumpur siang tadi sempena majlis pelancaran produk Luxe Perfect Cover Foundation.
Dalam masa sama, anak kelahiran Sabah ini merakam momen kesedihan Aydeen yang tercalon dalam Top 20 untuk kategori Si Cilik Meletop di AME2020 turut berkongsi video tersebut pada bekas suaminya.
“Kadang-kadang saya terfikir macam mana nak balik Singapura pada masa akan datang untuk mengalihkan perhatian Aydeen, tetapi saya tidak berhak berbuat demikian kerana saya tidak mahu pisahkan hubungan mereka sebagai anak dan bapa.
“Ketika Aydeen menagis sedemikian rupa, saya rakam momen tersebut dan saya hantar rakaman tersebut pada Aliff.
“Kadang-kadang terfikir, “adakah aku ini terlalu pentingkan diri sendiri kerana biarkan anak sendiri meraung menagis?,” kongsinya.
Malah, Bella atau nama lengkapnya Dayang Nabellah Awang Astillah reda dengan ujian dariNya.
“Apa-apa pun, saya pasti ada hikmah setiap perpisahan antara Aydeen dan Aliff kerana Allah Maha Mengetahui.
“Dari situ, kita boleh belajar dan menghargai insan tersayang, saya reda dan tawakal sahaja,” katanya tenang.
Terdahulu, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden yang kini dijaga sepenuhnya oleh Bella.
Mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada 16 Mei tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Bella akan melancarkan single terbarunya berjudul Tenang yang akan dikeluarkan pada hujung bulan ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.