Selepas dikritik hebat netizen gara-gara tindakkan membuat video prank yang melibatkan pihak polis, pasangan selebriti sensasi Indonesia, Baim Wong dan isterinya, Paula Verhoeven membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Instagram pada Isnin.
Menerusi video berdurasi hampir empat minit itu, Baim memaklumkan, dia dan isteri telah hadir ke Balai Polis Kebayoran Lama Jakarta Selatan bagi memohon maaf kepada para petugas di sana.
Katanya lagi, dia sendiri tidak menyangka video prank tersebut bakal mencalarkan imej pihak berkuasa Indonesia.
“Video yang anda saksikan tadi merupakan permohonan maaf saya kepada pihak polis di balai polis yang telah saya hadiri. Saya minta maaf.
“Seharian juga saya berfikir, apa yang telah saya lalukan dan kongsikan itu, saya sendiri tak terfikir akan mendapat kesan seperti ini. Ternyata banyak pihak telah menerima kesan daripada perbuatan saya ini terutamanya institusi kepolisan,” katanya.
Jelas pelakon filem Laila Majnun ini lagi, pada awalnya, dia tidak merasakan tindakkannya itu salah memandangkan dia mempunyai hubungan yang baik dengan pihak polis di balai tersebut.
“Saya ingatkan, saya memang dah kenal sangat dengan pihak polis di sini kerana mereka pernah berjasa dengan saya ketika menangkap pencuri motosikal saya sebelum ini. Hubungan saya dengan pihak polis di sini juga baik. Saya juga selalu singgah ke balai untuk bertanyakan khabar.
“Saya fikir, bila hubungan kami sudah rapat seperti ini, kami boleh melakukan hal sedemikian. Ternyata tindakkan kami itu salah kerana pada pandangan orang luar mereka tetap pihak berkuasa. Saya akui kesilapan saya dan telah memohon maaf secara langsung.
“Semoga mereka tidak dipersalahkan kerana yang salah adalah daripada pihak saya,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Baim turut merakamkan permohonan maaf kepada mangsa-mangsa keganasan rumah tangga kerana videonya yang kurang sensitif itu.
Malah, dia juga terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan teguran di atas ketelanjurannya itu.
“Kepada korban-korban keganasan rumah tangga, saya juga ingin memohon maaf. Saya memang tak berfikir panjang dengan tindakkan bodoh saya ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada semua pihak yang telah menegur saya walau dengan apa cara sekali pun.
“Terima kasih kerana selalu harus mengingatkan saya. Sebagai manusia, kalau berbuat salah, memang kena ingatkan. Buat mereka yang telah menyokong saya selama ini pun, saya ingin berterima kasih. Mungkin dengan hal ini, kita akan berubah ke arah yang lebih baik,” kongsinya lagi.
Semalam, isterinya, Paula telah hadir ke balai polis dan berpura-pura membuat laporan kononnya dia telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Pada ketika itu, Baim sedang berada di dalam keretanya sambil merakam video tersebut sebelum meluru masuk ke dalam balai bagi menjelaskan mengenai situasi sebenar.
Pihak polis pada awalnya tidak mengenali wanita yang ingin membuat laporan itu merupakan Paula sebelum memintanya untuk menanggalkan pelitup muka yang dipakai.
Dek kerana perbuatan tersebut, Baim dan isterinya telah teruk dikecam netizen dan video tersebut juga telah dipadam daripada saluran Youtube Baim Paula.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tanggal 1 Oktober 2022 menjadi hari yang sangat suram buat negara jiran, Indonesia khususnya bagi komuniti bola sepak.
Memetik laporan Kompas, Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa memaklumkan jumlah nyawa yang terkorban kini sudah pun mencecah angka 129 orang sejak malam tadi makanala 180 pula dilaporkan cedera.
Tragedi ini berlaku disebabkan tindakkan penyokong yang mengadakan rusuhan di sebuah stadium di Jawa Timur ketika perlawanan berlangsung di antara dua musuh tradisi, pasukan Arema dan Persebaya Surabaya.
Kekacauan tercetus selepas perlawanan berkesudahan 2-3 dengan kemenangan kepada pasukan pelawat.
Ini merupakan kali pertama Persebaya Surabaya menewaskan Arema FC setelah 23 tahun. Tak disangka, kekalahan ini harus dibayar mahal.
Menurut laporan media tempatan, ribuan penyokong Arema tidak berpuas hati dan meluru ke dalam padang selepas pasukan mereka tewas.
Beberapa pemain Arema yang ketika itu masih berada di atas padang turut diserang.
Dipercayai rempuhan bermula apabila polis melepaskan gas pemedih mata ke arah orang ramai.
Dua buah kereta polis juga turut dikatakan diterbalikkan.
Terbaru, Presiden Indonesia, Joko Widodo mengarahkan saingan Liga 1 Indonesia dihentikan serta merta buat sementara waktu.
Malah, rata-rata netizen di Indonesia turut meminta agar Liga 1 Indonesia dibubarkan terus kerana mereka sudah tidak tahan lagi dengan insiden seperti ini yang kerap berlaku di arena bola sepak Indonesia.
Presiden Jokowi turut menzahirkan rasa dukacita dalam tradegi yang mengorbankan nyawa itu.
“Saya di sini ingin menyampaikan rasa dukacita yang mendalam diatas pemergian 129 orang saudara mara kita dalam tragedi bola sepak di Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur,” katanya seperti yang dipetik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Kompas.com & Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon era 90-an, Azah Aziz berkongsi memori lama ketika awal penglibatan dalam dunia modeling dan seni ketika menyertai Pencarian Dewi Remaja lebih dua dekad lalu.
Menurut Azah atau nama sebenarnya, Norazah Aziz, dia mula berminat untuk terjun dalam dunia seni ketika usia belasan tahun lalu.
“Memories Zaman muda-muda jadi model ni, one of my fan hantar gambar ni. Thanks @i_amkedahan for the pictures, Zaman Dewi remaja ni tahun 1988. I was 16year old, abaikan rambut 80’s ye. By the way, ada lagi ke brand Pelco ni?
“My journey as model start with Dewi Remaja, after winning 1st for February Cover Remaja 1987 and finalist Dewi Remaja 88/89, after being cover girl, my career as model start dapat banyak offer buat add magazine and commercial. Thanks to @majalahremaja,” kongsinya.
Azah yang kini bahagia harmoni menetap di Montreal, Kanada berkongsi kenangan itu menerusi salah satu hantaran di Instagram miliknya, baru-baru ini.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat berkongsikan memori masing-masing. Malah ada yang menyatakan rasa teruja mereka apabila bercerita mengenai jenama yang disebutkan Azah.
Selain Azah, antara peserta Dewi Remaja edisi 88/89 yang masih lagi bergiat aktif di dalam dunia seni sehingga kini ialah juaranya, Aleeza Kassim, model Mimi Wahidah dan bekas personaliti televisyen, Sharifah Shawati Syed Mohamad.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...