Categories: Uncategorized

10 Tahun Kahwini Memey, Norman Hakim Imbau Suasana Ijab Kabul – “Masa Hujan Lebat, Saya Ambil Peluang Solat Sunat Syukur, Doa Pada Allah Ampunkan Dosa…”

Share

Genap 10 tahun melayari bahtera perkahwinan bersama pelakon Memey Suhaiza, hos dan pelakon Norman Hakim kembali mengimbau kenangan ketika majlis ijab kabul mereka berlangsung.

Menurut Norman, pada ketika itu berlaku guruh lalu hujan lebat sejurus akad nikah selesai kira-kira jam 5.12 petang.

Perkara tersebut dikongsikan Norman menerusi satu hantaran video proses akad nikah mereka di Instagram.

“Hari ni 10 tahun lepas tepat jam 5.12 pm alhamdulillah selamat berlangsung majlis nikah kitaorang.

“Selesai je Tok Kadi cakap sah, tiba-tiba guruh berdentum kuat, terus hujan lebat selebatnya.

“Yang datang baik keluarga, jiran, kawan-kawan dan rakan wartawan mungkin ingat momen tu.

“Masa tu rasa sikit lega campur sebak. Macam-macam dugaan berat yang dilalui sebelum nak melangkah ke saat ini,” kongsi Norman.

Jelasnya lagi, dia turut ambil kesempatan untuk lakukan solat sunat meminta Allah ampuni dosa seterusnya mempu memperbaiki khilaf sebelum ini.

“Masa hujan lebat tu, saya ambil peluang solat sunat syukur dan doa pada Allah mintak ampunkan dosa2 saya.

“Dan diberi peluang kedua untuk memperbaiki diri atas khilaf yang sebelum sebab salah satu doa yang Allah s.w.t bagi perhatian adalah masa hujan lebat in shaa Allah,” jelas Norman menerusi satu perkongsian di Instagram.,

Pada masa sama, bintang filem Pasrah ini turut menitipkan ucapan terima kasih buat Memey kerana sudi seorang isteri setia dan menerima dirinya seadanya.

“Rasa sekejap je masa berlalu dah masuk 10 tahun hari ni. Terima kasih sayang @memeysuhaiza, alhamdulillah setia menjadi makmun.

“Walau imanmu ini tak pernah sempurna tapi sentiasa berusaha yang sebaiknya dengan izinNya untuk sam-sama kita berpimpin tangan merancang kehidupan seterusnya menuju ke syurga in shaa Allah.

“Macam2 lagi nak cakap, nanti dengar je la dalam doa imammu ni dalam solat k,” tulisnya lagi.

Norman juga ada meluahkan rasa syukur atas kerharmonian dan kebahagiaan rumah tangga yang dikurniakan oleh Allah SWT kepadanya.

“Terima kasih Ya Rabb untuk peluang & kesempatan untuk kami bersama memohon barakah & redha Mu dalam hidup berumahtangga sebagai suami isteri.

“Permudahkanlah urusan ibadah kami, permudahkanlah urusan rezeki & janganlah dipinggirkan kami dari kasih sayangMu walau sedetik.

“Kurniakanlah kami Sakinah, Mawaddah & Warahmah dalam hidup berumahtangga kami bersama anak-anak & keluarga besar kami dalam berjalanan duniawi kami menuju ke syurgaMu in shaa Allah,” akhirinya.

Norman pernah berkahwin dengan pelakon, Abby Abadi pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.

Hasil perkahwinan Abby dan Norman, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Selepas itu, Norman mendirikan rumah tangga bersama Memey pada 24 September 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.

Foto: Instagram Norman Hakim

IKLAN