Nama Bruce hanya tinggal sejarah buat pemilik nama, Caitlyn Jenner.

Kepada mereka yang mengikuti program realiti How To Keep Up With The Kardashians tentunya mengenali Caitlyn, yang juga merupakan kepada Kylie dan Kendall Jenner.

Semasa mula-mula Caitlyn memunculkan dirinya pada tahun 2015 lalu, banyak mulut-mulut yang mengecam tindakannya itu apatah lagi melihatkan statusnya sebagai seorang bapa.

Namun, dia hanya pekakkan telinga dan terus mengorak langkah ke hadapan. Di sini MH nak kongsi 10 fakta menarik mengenai Caitlyn yang korang tak tahu.

1. Pemenang Pingat Emas Olimpik

Sebelum bertukar gender, Caitlyn merupakan seorang atlet yang pernah memenangi pingat emas di Olimpik pada tahun 1976 dalam acara decathlon.

2. Merasakan Bahawa Caitlyn Adalah Ibu Bapa Yang Lebih Baik Berbanding Bruce

Semasa menjadi Bruce, Caitlyn mengaku bahawa dia seorang bapa yang tidak peka terhadap anak-anak terutamanya kepada anak-anak perkahwinan terdahulunya.

[#MH10Fakta] Yang Korang Perlu Tahu Mengenai Bapa Kendall dan Kyle, Caitlyn Jenner!

IKLAN

3. Tunjuk ‘Buah Dada’ Baru Pada Anak.

Caitlyn mengaku pernah menunjukkan ‘buah dada’ barunya kepada anak lelakinya, Brandon selepas melakukan prosedur pembedahan itu, namun anaknya kelihatan terkejut.

4. Ada ‘Girl’s Night’ Bersama Keluarganya

Sering membuat ‘makan-makan’ di Malibu bersama keluarganya yang dipanggil ‘girl’s night’.
5. Sudah Bersedia Menerima Kecaman Netizen

Dia sudah berfikirkan semasak-masaknya sebelum menukar gendernya dan juga tuduhan netizen bahawa dia melakukannya kerana wang.

[#MH10Fakta] Yang Korang Perlu Tahu Mengenai Bapa Kendall dan Kyle, Caitlyn Jenner!

IKLAN

6. ‘Excited’ Untuk Mulakan Hidup Sebagai Wanita

Seronok memulakan kehidupan sebagai seorang wanita sebab banyak benda boleh borak seperti baju, make-up dan banyak lagi.

7. Masih Meminati Sukan Golf

Dia nak try sama ada dia masih boleh membuat pukulan 300 ‘yard’.

[#MH10Fakta] Yang Korang Perlu Tahu Mengenai Bapa Kendall dan Kyle, Caitlyn Jenner!

IKLAN

8. Pernah Nak Bunuh Diri

TMZ melaporkan bahawa Caitlyn pernah terfikir untuk membunuh dirinya menggunakan pistol yang disimpan di rumahnya.

9. Bayaran Dokumentari, I Am Cait Berjumlah $5 Juta USD

Jumlah itu merupakan yang paling besar pernah dibayar oleh E! kepada satu individu.

[#MH10Fakta] Yang Korang Perlu Tahu Mengenai Bapa Kendall dan Kyle, Caitlyn Jenner!

10. Banyak Dapat Email Peminat Sejak Interview Bersama Diane Sawyer

Caitlyn yang mengumumkan pertukaran gendernya semasa interview bersama Diane Sawyer mengakui banyak dapat email daripada netizen. Dia juga mengakui seronok membaca email-email tersebut.

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI