Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tarian artis dikir barat yang bergelek sakan dalam satu majlis perkahwinan di Kelantan telah menarik perhatian netizen apabila sebuah video itu di tular di media sosial.

Perlakuan mereka yang bergelek di negeri terbabit seakan mencemar nama baik negeri tersebut.

Kejadian terbabit dikatakan berlaku di sebuah majlis perkahwinan bertempat di Kampung Padang Tembesu, Kelantan dan video sekitar majlis terbabit yang berdurasi 1 jam 5 minit telah dimuat naik secara langsung di Facebook.

Perbuatan memuat naik video terbabit hanya menimbulkan kontroversi dan membuatkan rata-rata netizen mengecam hebat tarian gelek terbabit yang dilakukan oleh tiga orang artis dikir barat yang tidak sepatutnya berlaku di majlis perkahwinan.

Sebaik sahaja video tersebut viral, netizen meluahkan rasa tidak puas hati mereka kerana tiga wanita berpakaian ketat dilihat beraksi bersama beberapa artis dikir barat sebelum bergelek mengikut irama dangdut ketika melakukan persembahan.

Rata-rata yang menyaksikan video tersebut melahirkan rasa marah dan ada juga diantara mereka yang memberikan komen lucah kepada penari tersebut.

Selain itu, ada yang menganggap tarian gelek itu tidak wajar kerana Kelantan dikenali sebagai negeri Serambi Mekah.

Namun, tuan rumah yang hanya mahu dikenali Mohamad, 58 tahun, mendakwa beliau tidak tahu-menahu kerana meminta anaknya menjemput penyanyi dikir tetapi tidak menyangka ada tarian gelek.

Persembahan gelek gerudi di Kampung Berangan dalam DUN Wakaf Bharu, Kelantan. Mungkin ini Gelek Gerudi Patut Syarie Kot?

Posted by Kelantan News on 9hb Julai 2017

 

Sumber : Kelantan News

 

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official

 

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "