Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pasangan sensasi, Fattah Amin dan Neelofa sekali lagi bakal bergandingan menerusi telefilem khas iaitu Suri Hati Mr. Pilot: Penerbangan Terakhir Mr. Pilot yang bakal menemui penonton pada Aidilfitri,1 Syawal.

Pengarahnya, Michael Ang berkata, idea bagi menghasilkan telefilem itu dibuat bukan sahaja bagi memenuhi permintaan peminat tetap hadiah kepada peminat yang sentiasa bertanyakan mengenai kisah sambungan drama yang menjadi fenomena tersebut.

Michael Ang turut ingin merealisasikan impian peminat yang mahu melihat Neelofa dan Fattah bergandingan semula dalam drama yang disukai ramai itu.

Suri hati Mr Pilot Raya membawa kisah dua tahun Warda meneruskan hidup tanpa Ijaz setelah pesawat yang dipandu hilang di dalam tragedi malang.Walaupun begitu,Warda masih berharap Ijaz pulang ke pangkuannya.

Bagaimanapun kata Michael,Suri Hati Mr. Pilot: Penerbangan Terakhir Mr. Pilot adalah yang terakhir dan dia tidak berhasrat untuk menyambung kisah itu dalam bentuk sekuel.

Dalam perkembangan sama,Fenomena #Lofattah sangat kuat dan sayang kalau tidak guna peluang ini memandangkan drama Suri Hati Mr. Pilot itu masih disukai.

Suri Hati Mr Pilot Raya juga ini merupakan gandingan terakhir pasangan serasi, Fattah dan Neelofa

Pada pertengahan April, Neelofa juga bakal terlibat dalam drama bersiri Red Velvet arahan Michael Ang bersama Alif Satar selepas  Hari Raya Aidilfitri ini.

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "