Mungkin ramai yang tidak tahu, sebelum timbulnya isu ‘Abang Grab Car’, gadis manja ini telah menimbulkan isu tentang ‘Abang Lori’. Seperti biasa, video-videonya ini telah berjaya menghiburkan netizen.

MH Online difahamkan gadis ini cuba menegur sikap sesetengah pemandu lori yang tidak bertanggungjawab menggunakan lane kanan ketika memandu.

Teguran Gadis Manja Buat Abang Lori Jatuh Hati

“Abang dah la besar, lambat lepas tu abang pergi duduk sebelah kanan. Adik nak cepat bang, lepas tu adik terpaksa follow abang.

 

“Abang lambat, adik nak kejar dan potong abang tak boleh lepas tu bayangkan adik duduk lorong kanan tapi bawak tak sampai 60km/jam. Adik dah la nak cepat. Abang sahaja nak buat adik lambat kenapa bang?,” soalnya dengan intonasi yang cukup manja.

Teguran Gadis Manja Buat Abang Lori Jatuh Hati

IKLAN

Malah dia turut memberitahu apabila ingin ke lorong kiri

“Lepas tu, bila adik ke kiri nak potong abang… abang terus mencilok masuk lepas tu adik aaaaaa (jerit), abang dah la masuk tak bagi signal.

 

“Tak pe lah, adik respect abang sebab abang bawak kenderaan besar tapi janganlah buat macam ni kat adik. Kesianlah kat adik, abang tak kesiankan kat adik ke?” soalnya lagi.

Menyedari kewujudan video itu di laman sosial ramai ramai pemandu lori yang turut memberi respons terhadap video tersebut.

Namun yang paling lucu apabila ada seorang abang lori yang memakai topi keselamatan ketika memandu membidas kenyataan gadis ini.

IKLAN

Teguran Gadis Manja Buat Abang Lori Jatuh Hati

“Pertamanya abang nak berterima kasih atas teguran adik cukup cukup cukup memberi kesan pada abang, bukan abang sahaja tetapi abang rasa semua pemandu muatan berat juga cukup cukup cukup berterima kasih dengan teguran adik yang cukup manis dan cukup lembut dan penuh kasih sayang.

 

“Okay abang jawab pertanyaan atau kata-kata adik, abang bukan sengaja dik. Bukan sengaja abang nak duduk lane kanan tapi perlahan. Adik kena faham, abang belajar tak pandai tapi abang tahu konsep momen dan konsep drag force untuk kenderaan berat. Adik kena faham tu.

 

“Kalau adik mungkin tekan minyak keretanya 3 saat boleh sampai 60km. Abang satu jam pon tak tentu dik dari 20km ke 60km, sebab abang berat dan besar,” balas pemandu ini dengan bahasa yang cukup lembut.

Teguran Gadis Manja Buat Abang Lori Jatuh Hati

IKLAN

Malah abang lori ini juga turut menjelaskan mengapa sesetengah lori sering menggunakan lane kanan.

“Abang bukan sengaja nak duduk di lorong kanan. Adik bayang ye, kalau abang ikut satu lagi muatan berat di hadapan, dengan kelajuan 40km dan tiba-tiba abang tak boleh nak potong, so abang slow abang nak menjejak balik ke 60km aduh dik bercinta, jangut abang boleh sampai ke dada,” jelasnya lagi.

Dia turut memberitahu sudah cuba sedaya upaya untuk laju ke hadapan namun apakan daya kenderaan berat telah membuatkan dia terus bergerak perlahan.

Apa pun memang melucukan! Abang lori steady je jawab boleh pulak melayan. Nah ini dia video penuh isu ‘Abang Lori’.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI