Select Page

Gandingan Fazura dan Fattah Amin menerusi drama Hero Seorang Cinderella yang akan ditayangkan 22 Mei depan pastinya dinanti-nantikan peminat, apatah lagi drama lakonan Fattah sebelum ini, Suri Hati Mr. Pilot mencipta fenomena tersendiri.

Bagaimanapun, ada netizen yang memberi pandangan bahawa lakonan Fattah masih belum memuaskan, malah ada menyifatkan lakonan bekas Hero Remaja itu sebagai ‘kayu’.

Fazura ketika ditanya mengenai perkara tersebut memberitahu sebagai seorang yang terlebih dahulu terjun ke dunia lakonan, dia berani mengatakan aktor itu bukanlah pelakon kayu seperti yang dikatakan sesetengah pihak.

Sebaliknya, Fazura memberi persepsi bahawa mungkin kata-kata orang sebelum ini bagai memberi kesan pada mutu lakonannya itu.

“Pada peringkat awal di set penggambaran, kami sama-sama nervous. Mungkin kata-kata orang juga memberi kesan pada dia sikit. Tapi lama-kelamaan, saya cuba untuk break the ice dan sekarang saya berani katakan dia bukan pelakon kayu. Saya rasa dia punya bakat yang tinggi, cuma takut untuk explore.

 

“Sebab sejujurnya bukan senang untuk mencari chemistry tu. Masa first day shooting pun, dia ada datang pada saya dan minta untuk reheaseal. Saya cakap pada dia, Fattah lepas ni kita kena dating tau. Bukan maksud saya dating bercinta tapi kena spend a lot of time together in set.

 

“Bagi saya, banyak yang akan dia buktikan sebagai pelakon dalam drama ini,” terang Fazura ketika ditemui di majlis pelancaran single terbarunya bersama penyanyi Fillipina, Jason Dy berjudul Nothing Like Ibing atau Nothing Like Cinta ini di Red Box, The Gardens baru-baru ini.

Sementara itu, Fazura menambah, kolabirasi bersama penyanyi Fillipina itu dianggap sebagai suatu signal terbaik dalam kerjayanya sebagai penyanyi juga.

Baca Ini Juga

Tinggalkan Komen

error: