Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Bintang bola sepak Real Madrid, Christiano Ronaldo yang dibayar tertinggi di dunia dan kekal sebagai atlet yang menerima pendapatan tertinggi kali kedua berturut-turut dalam senarai Forbes.

Sehingga 1 Jun lalu, bintang bola sepak ini memperoleh pendapatan AS$93 juta (RM 367.5 juta) dalam tempoh setahun sekali gus mengatasi bintang bola kerajang, LeBron James yang meraih AS$86.2 juta (RM367.5 juta)

Ronaldo telah memenangi beberapa penghargaan seperti pemain terbaik Dunia FIFA tahun 2009, kasut emas Eropah 2015, 2011 dan 2008, Pasukan terbaik UEFA , Pemain Terbaik Dunia FIFPro 2007 dan mempunyai banyak tawaran tajaan seperti NIKE yang akan dipanjangkan sampai tahun 2021, Coca-Cola, Samsung dan lain-lain. Atlet ini memiliki lebih dari 250 juta pengikut media sosial lebih dari atlet lain di dunia.

Seteru utama Ronaldo,Lionel Messi pula jatuh satu anak tangga ke tangga ketiga dengan hasil pendapatan AS$80 juta (RM341 juta) bagi tempoh yang sama.

Forbes juga mengumumkan Manchester United sebagai kelab dengan pendapatan tertinggi tahun ini.

Bukanlah suatu hal yang mengejutkan jika kita melihat atlet memiliki aset yang banyak.Berikut di atas adalah top 10 atlet terkaya di dunia tahun 2017.

1. Christiano Ronaldo – Bintang bola sepak Real Madrid

AS$93 juta (RM396.5 juta)

 2.LeBron James – Bintang bola keranjang Cleveland Cavaliers

AS$86.2 juta (RM367.5 juta)

 3.Lionel Messi – Bintang bola sepak Barcelona

AS$80.0 juta (RM341 juta)

 4.Roger Federer- Bintang Tenis Profesional

AS$62 juta (RM264 juta)

5.Kevin Durant – Bintang bola keranjang Golden State Warriors

AS$60.6 juta(RM258 juta)

6.Andrew Luck – Bintang Quarterback bola sepak Amerika untuk Indianapolis Colts Liga

AS$50 juta (RM213 juta)

7.Rory Mcllroy – Bintang Golf profesional

AS$50 juta (RM213juta)

8.Stephen Curry – Bintang bola keranjang Golden State Warriors

AS$47.3 juta (RM201.7 juta)

9.James Harden – Bintang bola keranjang Houston Rockets

AS$46 juta (RM196 juta)

10.Lewis Hamilton – Pemandu lumba kereta Formula One dari England

AS$46 juta (RM196 juta)

 

Sumber : Sinar Harian

 

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "