Setelah mengambil pendekatan berdiam diri sebelum ini, pelakon berdarah kacukan, Diana Danielle akhirnya membuka mulut mengenai spekulasi rumah tangganya yang diperkatakan ramai.

Ia berikutan tindakan Diana dan Farid Kamil yang tidak menyambut Lebaran bersama baru-baru ini sehingga ada pihak beranggapan rumah tangga mereka kembali bermasalah.

Jelas Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 26, ibunya, Norsiah Ramli mengalami demam denggi beberapa hari sebelum Aidilfitri sehingga menyebabkan beliau di tahan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Justeru sebagai anak, dia tidak tegar meninggalkan ibunya berhari raya bersendirian dalam keadaan yang masih lemah.

IKLAN

“Saya rasa ini tanggungjawab saya sebagai anak untuk terus berada di sisinya. Walaupun dia sudah dibenarkan keluar wad, namun keadaannya masih lemah dan mungkin kerana faktor usia dia mengambil masa sedikit untuk sembuh.

 

“Saya dan Farid tidak ada masalah langsung, sebab itu saya muat naik gambar bertiga. Tapi orang lain pula yang kisah sehingga ia dijadikan isu.

 

“Disebabkan saya selalu juga berhadapan dengan situasi sama, saya malas nak ulas panjang kerana saya tahu keadaan kami yang sebenar. Bagi saya hal peribadi tidak perlu dijaja dan saya dah lali dengan spekulasi,” jelasnya ketika ditemui pada majlis Racing School Graduation Ceremony di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Tidak lama selepas Diana bertemu media, Farid dilihat muncul bersama anak sulungnya, Muhammad dan memeluk mesra Diana serta dilihat memberi kata-kata peransang buat isteri tercinta.

Raya berasingan : Diana Danielle akhirnya buka mulut

IKLAN

 

 

IKLAN

Teks: Aqmar Mustaza

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI