Baru-baru ini, pelakon Amyra Rosli yang juga merupakan isteri kepada pelakon Amar Baharin telah membuat sesi fotografi kenang-kenangan ketika mengandungkan anak pertama.

Usia kandungan Amyra yang kini sudah genap 33 minggu dan pelakon jelita tersebut dijangka akan melahirkan bayi sulungnya pada akhir Oktober ini.

Sudah tentu bagi pasangan suami isteri yang menunggu kelahiran anak akan teruja apatah lagi kelahiran tersebut ialah yang sulung buat mereka.

Bagi mengabadikan saat-saat bakal ibu ini, Amyra dan suaminya pelakon Amar telah membuat satu fotografi materniti dengan jurugambar, Nabil Nadir.

‘Maternity shoot’ memperlihatkan Amyra yang kelihatan cukup berseri-seri mengayakan busana satin merah hati. Lebih menarik perhatian netizen ialah baby bump Amyra yang kelihatan semakin sarat.

‘Maternity shoot’ Amyra Rosli Curi Perhatian

Perkongsian jurugambar itu telah menerima lebih daripada 11,000 likes setakat ini. Rata-rata peminat mendoakan kesihatan Amyra semoga berada dalam keadaan baik.

IKLAN

Netizen juga memuji penampilan pelakon Isteri Tuan Ehsan itu kelihatan lebih menawan biarpun kini sedang berbadan dua.

Kami pun tidak sabar nak tengok wajah bayi dalam kandungan itu. Tentu baby boy itu kacak seperti bapanya Amar.

BACA JUGA > http://www.mediahiburan.my/amar-amyra-bakal-dapat-bayi-lelaki/

Pasangan ini bernikah pada 11 November 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Premiera Kuala Lumpur. 

Semoga pasangan sepadan dan secocok ini selamat dikurniakan cahaya mata yang pastinya akan memeriahkan lagi keluarganya.

IKLAN

Kami kongsikan beberapa keping gambar ‘Maternity shoot’ pasangan ini untuk anda : 

‘Maternity shoot’ Amyra Rosli Curi Perhatian

‘Maternity shoot’ Amyra Rosli Curi Perhatian

‘Maternity shoot’ Amyra Rosli Curi Perhatian

IKLAN

 

‘Maternity shoot’ Amyra Rosli Curi Perhatian

‘Maternity shoot’ Amyra Rosli Curi Perhatian

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI