Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sungguhpun Farah Lee bukanlah selebriti yang punyai album atau drama terkini, namun namanya tidak asing lagi di kalangan gadis-gadis hijabi.

Farah pernah mendirikan rumah tangga bersama personaliti tv, Ally Iskandar dan mendapat seorang puteri bernama Maream Esabel yang kini berusia 2 tahun 10 bulan.

Namun, pada 17 Ogos tahun lalu Ally mengesahkan lafaz ceraitelah jatuh ke atas Farah dengan talak satu.

Bijak menyusun kata dan sentiasa berkongsi kata-kata positif membuatkan ramai yang sentiasa ingin mengikuti perkembangannya dari masa ke masa.

Baru-baru ini Farah yang sentiasa tersenyum bersama anaknya dan fasih berbahasa Korea ini ada meluahkan perasannya di Instagram.

Tulisannya agak menyentuh hati dan mampu membuatkan kita menitiskan air mata.

Menurutnya, menjadi seorang janda bukanlah mudah seperti yang difikirkan. Malah, dia juga meminta untuk semua orang yang punyai rancangan untuk bercerai cari jalan penyelesaian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Farah juga ada berkongsi cerita detik-detik perceraiannya.

“Firstly keputusan bercerai ni bukan kehendak aku. Aku setuju diceraikan kerana menghormati kehendak pihak satu lagi. I believed he had done his best and that was his time to tawakkul so he decided to ceraikan. But for me, I masih rasa belum did my best jadi aku masih mahu pertahankan, tambahan kami ada Maream.

 

“Jadi walau dah dilafazkan talak, dalam tempoh iddah aku masihmahu tinggal serumah (islam galakkan untuk talak rajie). Macam2 usaha. Kalau orang tengok, macam tiada maruah. Parents aku marah, kata mereka kenapa masih terhegeh.? Aku kata ini bukan kerana dia tapi kerana Allah. Sebab bukanlah dia perfect sangat sampai aku tak nak lepaskan Bukanlah aku rasa tak mampu cari ganti yang lebih hebat tapi ia janjidengan Allah yang perlu aku tunaikan.” Tulisnya di ruangan kapsyen.

 

Tunjuk sedih selalu kang orang cakap tak moved on meroyan pulak, tunjuk happy side pulak ramai nak ikut dia ingat jadi janda ni best sangat kot 😅 Sharing ni agak personal tapi harapan semoga ia dapat buka mata mereka yang ada plan untuk bercerai, berfikir lagi. . Firstly keputusan bercerai ni bukan kehendak aku. Aku setuju diceraikan kerana menghormati kehendak pihak satu lagi. I believed he had done his best and that was his time to tawakkul so he decided to ceraikan. But for me, I masih rasa belum did my best jadi aku masih mahu pertahankan, tambahan kami ada Maream. . Jadi walau dah dilafazkan talak, dalam tempoh iddah aku masih mahu tinggal serumah (islam galakkan untuk talak rajie). Macam2 usaha. Kalau orang tengok, macam tiada maruah. Parents aku marah, kata mereka kenapa masih terhegeh.? Aku kata ini bukan kerana dia tapi kerana Allah. Sebab bukanlah dia perfect sangat sampai aku tak nak lepaskan 😬 Bukanlah aku rasa tak mampu cari ganti yang lebih hebat 😛 Tapi ia janji dengan Allah yang perlu aku tunaikan. . Perselisihan bagi aku biasa dalam rumahtangga. Kita berkorban, mereka juga. Ada benda yang kita tak suka pada mereka, begitu juga mereka. Tapi sebab kita dah berakad, sabar, jangan senang-senang nak leraikan. Marriage needs toleration, marriage needs sacrifices. Ni bukan bercinta, ni bukan bertunang, ni perkahwinan. . Jadi, sabar. Usaha. Berdoa, tahajjud, zikir. Buat baik dengan semua orang. Banyakkan sedekah. Ikhlaskan diri dengan pengorbanan yang diberi. Involve keluarga, pihak luar if terlibat dan bincang bersama. Hadir kaunseling. Jumpa ustaz, amalkan pendinding diri (mungkin berkaitan dengan makhlus halus). Kalau perlu, cuba duduk asing dahulu. . Since relationship takes two to tango, kalau pihak satu lagi bagi kerjasama, usaha di atas mungkin berjaya. Kalau tak, menjanda lah kita 😂 Tapi at least kita tahu kita dah berusaha, no regrets. Sampai tahap ni, kita akan senang redha. Sampai dah redha, kita akan bersyukur. . Jadi, selagi masih ada peluang, usahalah pertahankan. Mungkin tak bahagia sekarang, tapi berkat sabar dan ingin turuti suruhan Tuhan, bahagia akan tampil nanti. Kalau tak didunia, di Syurga pasti. . Love, F. L. #FLwrites #ommabebel

A post shared by F. L. (@farahlee_) on


Namun seperti biasa, Farah juga tidak terkecuali disalahertikan oleh para netizen hingga akhirnya membuatkan dia terpaksa menjelaskan keadaan sebenar.

Sejak entri itu dimuat naik, ada pihak yang mula menyalahkan dan mencemuh tindakan Ally berdasarkan apa yang telah ditulis.

Sedar dengan apa yang terjadi, Farah segera mohon maaf dan menjelaskan tiada istilah menuduh sesiapa yang salah dalam perkara ini.

“I apologise if any of you found my latest #FLwritesprovoking/blaming the other side. It was not my intention. Never. I did mention; I believed they had done their best too. Dan mereka memilih untuk menceraikan kerana mereka yakin usaha di pihak mereka telah sempurna.

 

“Aku, bicara tentang kau yang jika rasa masih ada usaha yang belum terlaksana, untuk melaksana.”

Selain itu, Farah juga ada mengatakan luahan hatinya itu benar-benar dari hati. Dia juga meminta untuk setiap pihak menunding jari pada diri sendiri terlebih dahulu.

“Kasar, tapi jujur aku bagitau. Kita masih sakit hati kerana kita masih tidak ikhlas memberi. Ikhlas berusaha, walau apa pun hasilnya. Letakkan salah pada kita dahulu, sebelum menunding melulu. Siapa nak baiki kita, kalau bukan kita, 맞지 (betul).?

“Mungkin, kita yang jahat untuk mereka. Jadi Tuhan jadi kanyang perit ini, sebagai reflect diri sendiri. Supaya kita makin baik, untuk diganti yang lebih cantik, dalam bentuk yang sama, atau beda.” Tambahnya lagi.

 

Man Jadda Wajada — Sesiapa yang berusaha pasti berjaya. . I apologise if any of you found my latest #FLwrites provoking/blaming the other side. It was not my intention. Never. I did mention; I believed they had done their best too. Dan mereka memilih untuk menceraikan kerana mereka yakin usaha di pihak mereka telah sempurna. Aku, bicara tentang kau yang jika rasa masih ada usaha yang belum terlaksana, untuk melaksana. . Mungkin kau rasa, kau sebelah pihak je yang berusaha. Please, never have that thought. Ramai yang kongsi mereka masih sakit hati kerana rasa hanya mereka yang memberi, pihak satu lagi terlalu awal mahu pergi. Pasti.? Aku percaya, mereka juga jika boleh mahu masih kekal bersama. Mungkin mereka juga kecewa, mungkin mereka juga merana. Mereka nekad mungkin mereka rasa telah tiada daya. . Walau tak, tak perlu pening fikir usaha orang. Dia, Tuhan pasti bagi ganjaran setimpalnya. Atau balasan kejahilannya. Tak perlu fikir, Allah itu adil. . Kasar, tapi jujur aku bagitau. Kita masih sakit hati kerana kita masih tidak ikhlas memberi. Ikhlas berusaha, walau apa pun hasilnya. Letakkan salah pada kita dahulu, sebelum menunding melulu. Siapa nak baiki kita, kalau bukan kita, 맞지.? . Mungkin, kita yang jahat untuk mereka. Jadi Tuhan jadikan yang perit ini, sebagai reflect diri sendiri. Supaya kita makin baik, untuk diganti yang lebih cantik, dalam bentuk yang sama, atau beda. . Walau jelas mereka yang berkesalahan, maafkan. Ia bukan menang untuk mereka, tapi ia tenang untuk kita. Berat, penat, tapi cuba. Ingat yang baik mereka, insan yang pernah buat kita bahagia, parents pada zuriat kita. . Yang kita upaya hanya usaha, doa dan berserah. Hasilnya, telah dicipta oleh yang Mencipta, cantik setiap zarah. . Kalau berjaya pertahankan, syukur. Kalau terleraikan, akur. Kerana Tuhan yang memegang hati-hati, telah tetapkan hatinya untuk pergi. Mungkin ia kegagalan kau rasa, tapi ia sebenarnya kejayaan yang dihikmah Pencipta, jika kau dah berusaha. . Jika Allah masih pisah, katalah, aku syukur bahawa inilah yang terbaik untuk aku dan kamu. Kerana, simple, sesiapa yang berusaha, pasti berjaya. . Love, F. L. #FLwrites #ommabebel

A post shared by F. L. (@farahlee_) on


Walaupun ada segelintir yang mengatakan tindakan Farah Lee ini agak keterlaluan, tetapi mungkin niat Farah hanya sekadar berkongsi pengalaman hiduppada semua pengikutnya, tiada niat untuk menyalahkan sesiapa.

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "