“Orang melayu ni memang macam tu, tak boleh tengok orang lebih sikit. Ade je nak mendengki!”

Inilah ayat yang kerap kali kita dengar apabila bercerita tentang perniagaan.

Jika sebelum ini Pedana Menteri pernah meminta rakyat Malaysia untuk berkerja keras seperti Datin Vivy Yusof dan Neelofa, kali ini tuan punya badan sendiri telah tampil ke hadapan memberi pandangannya.

‘Kami Tak Ada Dengki, Boleh Jadi Contoh Buat Orang Melayu” Vivy Yusof Jelas Saling Menyokong Naelofar Hijab.

IKLAN

Melalui satu temubual bersama media tempatan, Vivy mengakui dirinya bersama Neelofa agak rapat walaupun kedua-dua mempunyai produk perniagaan yang sama.

“Saya rasa orang tak tahu yang kami berkawan baik. Kami tak ada dengki antara satu sama lain.

 

“Dia (Neelofa) sangat menyokong Fashion Valet dan saya juga menyokong Naelofar Hijab,” jelasnya kepada mStar Online.

Malah Vivy juga memberitahu hubungan mereka berdua yang terjalin baik ini mungkin boleh dijadikan contoh yang baik buat semua orang Melayu agar sentiasa gembira dan menyokong antara satu sama lain.

IKLAN

Vivy akui sangat terkejut dengan pengumuman Najib untuk menjadikan mereka berdua contoh dan mengiktiraf usahanya selama ini, bagaimanapun Vivy sangat berterima kasih dan mengharap semua ini dapat membakar semangat orang luar dan diri sendiri untuk perbaiki dan menaikkan tahap kerjayanya.

IKLAN

Vivy juga sempat menambah bakal berkerjasama dengan Neelofa tidak lama lagi.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI