Select Page
  • 12.2K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    12.2K
    Shares

Bakal melangsungkan perkahwinan pada Ogos depan, pelakon Ummi Nazeera sudah mula mengedarkan kad undangan perkahwinannya sejak lima hari lalu.

Perkara tersebut turut dimuat naik menerusi dalam Instagram miliknya beberapa hari lalu. telah mendedahkan rekaan bentuk kad perkahwinannya.

Kad undangan itu juga turut menjadi perhatian peminat yang memuji reka bentuknya yang eksklusif iaitu warna putih dan hitam, selain edisi berwarna emas serta corak bunga mawar dari rona sama.

Tambah menarik, foto tersebut menunjukkan sebuah kad berwarna hitam putih dengan rekaan eksklusif yang memaparkan gambar pertunangan aktres itu bersama bakal suaminya, Mr.I tahun lalu.

Menerusi entri tersebut, Para peminat turut sama gembira dan mendoakan kebahagiaan Ummi dengan bakal suaminya, Dr. Mohd Izzar Anwari, selain berharap majlisnya berjalan dengan lancar.

Dalam pada itu, Ummi Nazeera dipuji peminat selepas kad undangan perkahwinannya didedahkan.

Rata-ratanya memberikan komen positif terhadap rekaan kad tersebut yang dianggap ‘simple’ tetapi cantik.

Tidak kurang juga ada yang memuji Ummi kerana bersederhana dan kreatif memilih rekaan kad perkahwinan.

Ummi dan pasangannya, Dr. Mohd Izzar Anwari bakal disatukan sebagai suami-isteri pada 3 Ogos depan dalam sebuah majlis tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.

Sumber : Instagram Umminazeera

 

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: