Terdahulu, Isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun, Siti Arifah Mohd. Amin atau lebih dikenali sebagai Joy Revfa memfailkan faraq (pembubaran nikah) bagi menuntut haknya sebagai seorang isteri dan wanita.

Joy berkata, dia sudah memfailkan permohonan tersebut Jumaat lepas setelah beberapa spekulasi yang tidak benar bertebaran mengatakan pernikahannya dengan Hafiz tidak sah.

Tambah Joy, permohonan tersebut bukan sekadar untuk menuntut haknya sebagai isteri, tetapi pada masa yang sama wanita lain juga boleh mengambil pengajaran atas kejadian yang menimpanya.

Bagaimanapun, menurut peguam syarie Hafiz, Azmi Mohd Rais ada isu mengenai perkahwinan Joy dengan suami terdahulu, Mohd Rayos Abdul Rahim.

Joy Revfa Yakin Perkahwinan Sah

IKLAN

“Keputusan mungkin menjadi isu untuk dibangkitkan. Maksudnya sama ada berlakunya penceraian antara Datuk Rayos dan Siti Arifah pada 2015. Itu isu yang sentral di mahkamah tinggi,” jelasnya.

Tambah Azmi, Pejabat Agama Islam Daerah telah pun mengeluarkan laporan bahawa perkahwinan mereka tidak sah.

Dalam masa sama, peguam Joy, Muhammad Nur Hafiz Rosan berkata Joy amat terkilan kerana masing-masing tidak mengetahui fakta, namun menuduh Joy sembarangan.

Joy Revfa Yakin Perkahwinan Sah

IKLAN

“Di media bukanlah ruang untuk mengata atau sebagainya. Kita akan serahkan pada mahkamah,” katanya.

Dia juga menasihati mana-mana pihak doakan yang baik-baik.

“Sekiranya benda ini sah, alhamdudilah sah. Kalau tak sah, jadi tak sah .Apa-apa yang berlaku dahulukan hukum syarak,” ujarnya

Dalam pada itu, Joy yang ditemu bual berkata yakin perkahwinannya mereka sah disisi undang-undang dan menyerahkan semua kepada peguamnya.

“Saya serahkan semunya pada mahkmah dan peguam saya, tetapi saya tak boleh cakap apa-apa sebab kes dalam perbicaraan. Doakan yang baik-baik sahaja,” katanya.

Selain itu, Joy juga berkata, dia kesal dengan tindakan segelintir pihak yang membuat pelbagai spekulasi menjadikan kes mereka kontroversi dan menjatuhkan maruah dirinya.

IKLAN

Joy Revfa Yakin Perkahwinan Sah

“Namun, saya yakin nikah kami sah walaupun Hafiz tetap tidak mahu mengaku dan teguh dengan pendirian pernikahan ini tidak sah,” tegasnya.

Joy juga meminta semua pihak untuk bersabar serta menunggu keputusan mahkamah.

Sumber : Sinar Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI