Select Page
  • 9K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    9K
    Shares

Baru-baru ini tersebarnya gambar bekas peserta akademi Fantasia musim kelima, Mila Jirin di media sosial membuatkan dirinya dikecam teruk.

Namun, menurut Mila, gambar tersebut diambil dalam satu sesi fotografi sebuah akhbar itu hanyalah sekadar suka-suka dan bukan berniat untuk ditayang kepada umum.

Malah dia juga telah meminta maaf kepada semua pihak yang kurang senang terhadap foto aksinya dikatakan kurang sopan tersebar di laman sosial.

“Gambar itu diambil suka-suka dengan kawan-kawan pereka fesyen Seth & Luna sewaktu sesi fotografi saya dengan sebuah akhbar minggu lalu.

 

“Saya pun tidak muat naik gambar tu di Instagram sebabnya ia hanya untuk simpanan Seth & Luna. Saya tidak tahu mereka muat naik di laman sosial mereka dan menjadi tular,” ujarnya kepada sebuah portal online

Gambar tersebut terlihat kurang sopan kerana Mila memakai seluar berwarna kulit menyebabkan gambar tersebut terlihat seksi dengan belahan kain di peha.

Rata-rata juga berkata pakaian seperti itu tidak sesuai dengan imejnya sebagai wanita muslimah.

“Saya sudah pun meminta pereka fesyen Seth & Luna untuk padamkan gambar tersebut di Instagram mereka kerana ia tidak sesuai untuk tontonan khalayak. Malangnya ia sudah tular ke media sosial lain.

 

“Saya mohon maaf kepada pihak yang tidak selesa dan marah. Saya akui gambar tersebut tidak sepatutnya diambil,” ujarnya.

Mila atau nama sebenarnya Noorsyarmilla Jirin juga berkata akan lebih berhati-hati selepas ini untuk bergambar walaupun hanya sekadar simpanan peribadi.

Sumber : Mstar Online

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: