Alhamdulilah dengan sekali lafaz jam 6.57 petang, pelakon terkenal Indonesia Laudya Cynthia Bella, telah selamat bergelar isteri kepada Engku Emran, 42, yang diadakan di Kuala Lumpur petang tadi.

Melalui kenyataan media yang diberikan, Bella sah menjadi isteri kepada Engku Emran dalam upacara akad nikah yang dilakukan secara sederhana dan tertutup.

‘Doakan Jodoh Kekal Ke Akhir Hayat’

Hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat dan sahabat karib.

Engku Emran menghadiahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada Bella.

IKLAN

Pasangan ini seterusnya diraikan dalam satu majlis resepsi pada sebelah malam.

Pasangan ini turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kerana memberikan ruang kepada mereka untuk melangsungkan acara pernikahan seperti yang dikehendaki.

IKLAN

‘Doakan Jodoh Kekal Ke Akhir Hayat’

Engku Emran dan Bella juga mengharapkan pernikahan yang berlangsung tadi akan meredakan segala spekulasi yang dilaporkan di media-media sosial sebelum ini.

IKLAN

“Kami berdua amat menghargai kerjasama rakan-rakan media. Doakan perkahwinan kami berdua dirahmati Allah SWT dan jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat,” kata Engku Emran dan Bella,” ujarnya.

Sebelum ini banyak didengari desas-desus perkahwinan tersebut pun begitu, baik Bella mahupun Engku Emran tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media.

‘Doakan Jodoh Kekal Ke Akhir Hayat’

Pun begitu, dapat diteka apabila Bella meletakkan beberapa gambarnya di Instagram perjalanan hidupnya ke hari bahagia dan dengan dihujani ucapan tahniah oleh para peminat dan rakan-rakan.

Bekas isteri Engku Emran, juga dalam satu kenyataan turut mengucapkan tahniah di atas perkahwinan ini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI