Isu buli siber ini bukan lah satu perkara baru di kalangan netizen kini. Boleh dikatakan hampir setiap saat ada sahaja isu buli ini terjadi.

Selain daripada orang biasa, para selebriti antara individu wajib menjadi mangsa buli siber ini, ada sahaja yang dibuat bakal menjadi kecaman orang ramai.

Pelakon, Bella Thorne merupakan salah seorang mangsa buli siber ini. Baru-baru ini, dia ada memuat naik foto dirinya tanpa mekap di laman Instagram miliknya.

IKLAN

“Saya gembira kerana akan ‘release’ dua lagu pada Jumaat ini,” tulisnya.

Happy girl because I’m releasing two songs on Friday #GOAT #BITCHIMBELLATHORNE

A post shared by BELLA (@bellathorne) on

Bagaimanapun, dia menerima kecaman ramai kerana wajah tanpa ‘mekap’nya itu. Kalau korang ingat ‘makcik bawang’ kat Malaysia ini dah teruk, rakyat Amerika lagi kejam.

IKLAN

Berikutan itu, Bella tidak mengambil langkah berdiam diri dan memuat naik ‘tweet’ di Twitter menyelar para pembuli siber tersebut.

“I don’t like 2018 you guys just try and rip apart every single thing you see. It’s disgusting.

“You can’t just for one second think hmm this is a real person I’m talking too. A real human being just like yourself,” tulisnya.

IKLAN

Kasihan betul MH baca kisah Bella ini, tahukah korang sebenarnya ramai yang menjadi mangsa buli siber ini di Amerika Syarikat membuatkan ada sesetengah mangsa mengambil jalan mudah dengan membunuh diri.

Moga-moga keadaan seperti itu tidak terjadi di Malaysia.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI