Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Baru-baru ini Ikhwan telah memuat naik sekeping gambar bersama isteri tercinta di Instagram. Apa yang mencuri perhatian para netizen apabila penyampai radio terkenal ini ada meletakkan hashtag #16weekspregant di hujung captionnya.

Allhamdullilah baby sihat begitu jugak dengan mak pak nya! Membesar dengan sihat! #myanjetowira #16weekspregnant

A post shared by Kipasantik (@kipasantik84) on

Tindakkannya itu menimbulkan pelbagai pertanyaan. Ada juga yang pelik dan terkejut dengan hashtag tersebut.

Terdahulu Ikhwan pernah berkongsi momen sedih mengenai isterinya yang keguguran selepas mengalami pendarahan, kini mereka membawa khabar gembira buat semua peminat.

Ya, memang benar. Editor MH sempat menghubungi isterinya, Noor Idayu untuk mendapatkan pengesahan tentang kandungannya itu.

Menurut Idayu, kini kandungannya telah mencecah 3 bulan dan tidak menyangka diberi rezeki dalam masa terdekat. Idayu juga sempat memberi tahu kemungkinan bakal bersalin pada hujung bulan Disember nanti.

Pernah berada dalam kemelut kesedihan selepas keguguran buat kali pertama hasil perkongsian hidup bersama Ikhwan, Idayu kelihatan sangat gembira dan teruja untuk menyambut kehadiran orang baru.


Kedua pasangan ini telah dihijab kabulkan di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada awal Januari yang lalu dengan mas kahwin RM3,000 berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan.

Sebelum mendirikan rumah tangga bersama Ikhwan, Idayu mempunyai seorang cahaya mata berusia 10 tahun hasil perkahwinan terdahulu.

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "