Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Dua buah drama terbitan TV3 sekali lagi mencapai lebih 10 juta tontonan sebelum menjelang bulan Syawal tempoh hari.

Fenomena Mak Cun telah menamatkan musim ketiganya pada 14 Jun dengan tontonan sebanyak 11 juta sepanjang ia bersiaran.

Manakala drama Andainya Takdir yang ditayangkan di slot Samarinda telah melabuhkan fenomenanya pada 22 Jun yang lalu dengan jumlah tontonan sebanyak 10 juta sepanjang ia bersiaran.

Pencapaian ini sekali gus meletakkan slot Samarinda sebagai penanda aras rating tertinggi dalam slot drama jam 10 malam, seluruh negara.

Drama bersiri Mak Cun musim ketiga telah meraih 11 juta penonton bagi keseluruhan 21 episod.

Mak Cun musim ketiga ini juga telah mencapai tontonan sebanyak 3 juta pada episod akhirnya pada 14 Jun lalu.

Pengarah Mak Cun 3, Bade Hj Azmi mengulas, drama bersiri Mak Cun ini tetap meneruskan fenomenanya kerana menaikkan nama negeri Kedah.

“Daripada jalan ceritanya yang sentiasa membuktikan bahawa masyarakat luar bandar juga mampu untuk berjaya jika diusahakan dengan saluran yang betul. Kerana itu, kami percaya bahawa drama ini tetap relevan kerana nilai masyarakatnya yang tinggi.

“Oleh itu, kami berharap agar sokongan para penonton tidak akan putus terhadap drama Mak Cun ini,” jelasnya.

Selain itu, drama Andainya Takdir yang telah menjadi bualan hangat di media sosial semenjak episod pertama, telah meraih jumlah tontonan sebanyak 3.5 juta pada episod akhirnya.

Drama ini juga telah trending satu dunia di laman sosial Twitter ketika kesemua 16 episod bersiaran.

Menurut Pengarah Drama Andainya Takdir, Along Kamaludin, pihak produksi bersyukur kerana para penonton beri sokongan padu kepada drama ini.

“Kami percaya bahawa kejayaan drama ini adalah kerana nilai-nilai murni yang diterapkan dari naskhah Andainya Takdir ini yang bertepatan dengan bulan Ramadan iaitu kesabaran, kasih sayang, kekeluargaan, dan kehidupan masyarakat majmuk.

“Pihak produksi juga berterima kasih kepada kesemua pihak terlibat, baik di hadapan tabir dan di belakang tabir. Pelakon beri komitmen memberangsangkan sehingga babak sukar menjadi mudah dan lancar,” jelasnya.

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "