Awal minggu ini, media Hollywood melaporkan bahawa pasangan Zayn Malik dan Gigi Hadid bermasalah dan diambang perpisahan.

Lebih menguatkan andaian netizen apabila Zayn bertindak tidak lagi mengikuti Gigi di laman Instagram. Bagaimanapun, kedua-dua pihak mengambil keputusan untuk mendiamkan diri mengenai perkara tersebut.

Zayn Malik, Gigi Hadid Sah Berpisah!

Tidak hanya Gigi, Zayn juga nampaknya seperti ‘memutuskan’ hubungan dengan keseluruhan keluarga Hadid apabila tidak mengikuti ibu dan kakak Gigi iaitu Yolanda dan Bella di media sosial.

IKLAN

Namun begitu,mungkin tidak mahu berteka-teki lebih lama dengan peminat, Zayn memuat naik satu ‘tweet’ dalam memberikan kenyataan rasmi seterusnya mengesahkan perpisahan mereka.

“Gigi dan saya mempunyai hubungan yang bermakna, penuh cinta dan menyeronokkan serta saya sangat menghormati dan memuja Gigi sebagai seorang wanita dan kawan.

“Dia mempunyai hati yang baik. Saya sangat bersyukur kepada semua peminat kami kerana menghormati keputusan yang sangat sukar ini serta memberikan privasi yang kami perlukan.

“Kami berharap berita ini muncul daripada pihak kami dahulu. Kami sayangkan anda semua,” tulisnya.

Susulan kenyataan Zayn tersebut, Gigi juga menggunakan ‘Twitter’ untuk memberikan kenyataannya.

IKLAN

“Kenyataan perpisahan seringkali dilihat seperti tidak personal memandangkan tiada kata yang dapat menggambarkan apa yang dihadapi oleh dua individu yang berkongsi pengalaman sama selama ini…bukan sahaja dalam satu perhubungan tetapi juga dalam kehidupan.

“Saya sangat bersyukur dengan masa saya bersama Zayn selama ini. Tiada ada yang saya mahukan melainkan yang terbaik buatnya.

“Saya akan terus memberikan sokongan kepada dia sebagai seorang kawan yang sangat saya sayangi dan hormati.

“Untuk masa depan, jika ada jodoh, tidak kemana,” tulisnya.

Pasangan tersebut sudah bersama selama 2 tahun sebelum mengambil keputusan untuk berpisah. Sebelum ini, Zayn pernah mengikat tali pertunangan dengan ahli ‘Little Mix’, Perrie Edwards.

IKLAN

Zayn Malik, Gigi Hadid Sah Berpisah!

Dalam pada itu, netizen juga lihat bahawa Zayn mula ‘follow’ Demi Lovato di laman Twitter membuatkan peminat mula berspekulasi.

Sumber: Twitter Zayn dan Gigi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI